05 Februari, 2010

Puteri & Cendawan (18SX)

Alkisah, ada le sorang lelaki tu namanya Awang Benjol, kerjanya
tiap-tiap hari Mencari rotan di hutan berhampiran.

Pada suatu hari, dia masuk kehutan seperti biasa mencari rotan, tapi
kali ni ketempat yang baru sikit, kerana tempat lama rotan dah habis.
Semasa tengah mencari akar rotan yang sesuai tu, dia terjumpa sebuah
tasik, sangat lah cantik ditengah2 hutan tu.
Terkejut beruk si awang ni, heran, campur pelik, tak pernah jumpa
tengah2 hutan ada tasik yang sebegini cantik. Disekeliling tasik tu
terdapat pasir puteh, bertambahlah pelik Awang melihatnya. Dihampiri
tasek tersebut dari celah-celah semak dan pokok hutan yang kecil.
Tiba-tiba semasa mengendap tu awang terlihat, ada seorang puteri sedang
Mandi bogel, terbeliak mata si awang, orang ke hantu ni, bentak hatinya,
nak lari ketidak? Tapi seronok jugak mengendap ni, bukannya puteri tu
nampak dia. Tapi yang bertambah peliknya ditepi tasek tu ada pengawal
yang sedang berjaga semasa Puteri tu mandi. Setelah mandi, puteri tu
naik ke tepi, baring atas pasir puteh tu dan golek-golek badan dia
beberapa kali. Bagai nak terkeluar mata si awang nih, jantung pulak
bagai nak meletop. Selepas itu puteri pun memakai pakaiannya dan berlalu
bersama dua orang pengawalnya yang lengkap dengan senjata tombak dan
keris.

Bila semuanya dirasakan selamat, barulah awang keluar dari tempat dia
menyorok dan terus lari pulang kerumahnya dihujung kampung.. Malam tu
awang tak dapat tido, nak diberitahu isteri, takut dia marah dan tak
kasi pergi lagi. Rugi pulak rasenya. Kalau diberitahu kengkawan yang
lain, takut ramai yang pergi ngendap, dah tak syok pulak.
Pikir punya pikir, ping! Awang dapat satu idea bernas..

Esok pagi, seawal pukul lima , awang dah bertolak menuju kehutan dara tu,
bini dia pun naik heran, buang tebiat ke laki dia ni, pergi hutan
subuh2.. Setelah berjalan beberapa jam, sampailah dia ke tasek tersebut.
Awang terus menggali lubang dimana tempat puteri tu golek-golekkan
badannya selepas mandi semalam. Setelah selesai disorokkan cangkul untuk
menggali tadi kat semak, lepas tu dia masukkan dirinya kedalam lubang
tadi, dia timbus seluruh badannya dengan pasir dan yang ditinggalkan
diluar hanya "anu" saja. Tak lama selepas tu seperti biasa puteri hutan
tu pun turun mandi dan berenang kat tasek tu, seperti biasa selepas
berenang dia ketebing untuk golek golek. Tiba -tiba masa golek-golek tu
dia terpandang sesuatu, "anu" si awang le tu. Aik!
Kata puteri tu, bila pulak ada cendawan tumbuh nih, dia pun cuba nak
cabut, tak boleh, mula mula lembik, bila cuba nak cabut jadi keras
pulak, heran puteri tu, cendawan jenis apa nih, bila cuba cabut lagi,
candawan tu kembang dan berair. Heran punya cendawan, kata puteri dalam
hati. Pasal tak boleh cabut puteri pun berlalu bersama pengawalnya dan
hilang ditengah hutan.

Setelah terasa selamat, awang pun keluar dari lubang tu, cari seluar
yang disorok, lari balik rumah dengan perasaan gembira yang amat sangat,
punya tak tahan seronoknya tu, habis satu kampung semua orang lelaki
diceritanya, tak kira kecik ke besar.
Esoknya seperti biasa puteri nak mandi kat tasek kegemaranya tu lah.
Punya la terkejut Mak oi, kenapa hari banyak sangat cendawan tumbuh,
beratus ratus tumbuh kat pasir ni, ada yang kecik, ada yang besar, ada
dah tua ganayut punya cendawan pun ada. Tiba-tiba tuan puteri berasa
sangat marah. Dipanggilnya penggawal peribadi.

"Pengawal, ambil kan beta mesin potong rumpun, bersihkan kawasan ni dulu
baru beta akan turun mandi
"

Maka, bermula lah episod satu kampung semua tak ade cendawan lagi..

he... he..... he .....jangan mare....

Kesian kat mak bapak kan...

04 Februari, 2010

Sebagai ingatan

kisah ini sebagai ingatan buat kita semua...

walaupun hakikatnya, "mengingatkan itu lebih mudah daripada melaksanakan",
jadikanlah kisah ini sebagai satu iktibar dikala kita ditimpa ujian dalam kehidupan....

satu masa dahulu ada seorang lelaki bernama Abul Hassan yang pergi
menunaikan haji. ketika tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar
dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, aku pasti dia tidak pernah merasa risau dan bersedih hati."
tanpa disangka, wanita itu terdengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya.
"Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah, aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau dan tidak ada seorang pun yang menyekutuiku dalam hal ini."
Abul Hassan bertanya, " Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
wanita itu menjawab,
"pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban,
dan ketika itu aku yang mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu lagi masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang paling besar berkata pada adiknya, 'hai adikku, sukakah kalau aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?' jawab adiknya, 'baiklah....' lalu disuruh adiknya baring dan disembelihnya leher adiknya itu. dia yang merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar, kemudian lari ke bukit yang mana di sana dia dimakan oleh serigala. lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua..." lalu Abul Hassan bertanya, "bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?
wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan diantara keduanya jalan yang berbeza. adapun kesabaran dengan memperbaiki yang zahir, maka hal itu adalah baik dan terpuji akibatnya. dan adapun yang mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus
dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada ALLAH dalam
setiap terkena musibah dan dugaan dari ALLAH. kerana itu Rasulullah s.a.w
bersabda,

"Allah S.W.T berfirman,
tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.'


Mengapa Jadi Begini.......?

semoga menjadi iktibar pada kita semua....


Ya Allah.. kesiannya....


kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...

Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura.

Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality dunia skrg.
Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang
panjang,kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada
semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...Setengahnya masih merah darah dan sebahagian
lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.

Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad
pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan,disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang
kubur diPusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman
baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan....

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.
Hospital Wanitadan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) danHospital Universiti Nasional (NUH).. Janin-janin itu tidak dituntutoleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran dihospital- hospital tersebut.













Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

Artis 'Malaysia Boleh'


lu pikir la sendiri...

Keanehan di Tasek Galilee



Tasek Galilea adalah danau air tawar terbesar di Israel dengan luas sekitar 53 kilometer dengan kedalaman 209 meter. Air hangat Danau Galilea memiliki banyak flora dan fauna yang hidup. Pada danau ini terdapat flore Fitoplankton, fauna terdapat Zooplankton, Benthos, dan ikan-ikan, contohnya Tilapia. Belum lama ini dilaporkan bahwa Platanistoidea telah kembali ke danau ini setelah menghilang hampir selama empat abad.


mungkin kelihatanseperti tasek biasa

tapi cuba lihat yang dibawah ini



masih belum jelas...kalau dirubah sudut pandangnya akan jadi begini



wow.....




Original By : cperterry

Pokok berbuah 'perempuan'



anugerah alam

02 Februari, 2010

Kencing berdiri




Kencing berdiri hukumnya makruh, kerana diragui terdapat percikan najis air kencing tadi terkena kepada seluar kita. Kata pepatah kalau guru kencing berdiri murid kencing berlari. Maksudnya kalau guru berperangai tak berapa senonoh apalagi murid-muridnya. Setakat ni tak pernah nampak lagi orang yang kencing berlarikan. Anjing pun tak pandai nak kencing berlari.

Perkataan kencing di zaman kini pula dalam bahasa slanga anak muda ialah menipu. “Kau ni kuat kencinglah!” Kalau Hang Tuah dengar mesti terpinga-pinga. Kalau memakai seluar jeans memang susah nak kencing mencangkung. Lepas tu orang ajak pergi solat berjemaah alasan yang biasa “seluar aku kotorlah..” dan tau seluar tu kotor dan bernajis siapa suruh pakai?

Di barat yang memang kreatif tak bertempat dan tak ambil kisah hukum agama ni siap buat alat untuk kencing berdiri di tepi dinding lagi. Janganlah barang ni masuk ke Malaysia, buruk benar rupanya.

Orang kafir dan hak mereka


Para ulama membagi orang kafir menjadi tiga kategori:

1. Orang kafir harbi (al-muhâribîn)
Orang kafir harbi adalah seluruh orang musyrik dan Ahli kitab yang boleh diperangi atau semua orang kafir yang menampakkan permusuhan dan menyerang kaum Muslimin.

2. Orang kafir yang memiliki perjanjian dengan kaum Muslimin (ahlu al-‘ahd)
Golongan ini terbagi menjadi dua yaitu yang minta suaka atau perlindungan keamanan (al-musta`min) dan yang memiliki perjanjian damai yang disepakati (al-mu’âhad).

Dan jika salah seorang kaum musyirikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ke tempat yang aman baginya” [at-Taubah/9:6]

Kecuali orang-orang musyirikin yang kamu mengadakan perjanjian (dengan mereka) dan mereka tidak mengurangi sesuatupun (dari isi perjanjian)mu dan tidak (pula) mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa” [at-Taubah/9:4]

3. Orang kafir ahlu dzimmah (adz-dzimmi)
Golongan ketiga yaitu ahli dzimmah. Golongan inilah yang paling banyak memiliki hak atas kaum Muslimin dibandingkan dengan golongan sebelumnya. Karena mereka hidup di negara Islam dan di bawah perlindungan dan penjagaan kaum Muslimin dengan sebab upeti (jiz-yah) yang mereka bayarkan.

Rasulullah SAW Bersabda yang membawa erti : "Siapa yang menukar agamanya bunuhlah dia" (HR Bukhori & Ashabus Sunan)

01 Februari, 2010

Tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku

Menurut majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM", seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat, menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke satu destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya, "Wahai anak gadis, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

" Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.



Tali gantung dan banduan terakhir



Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.


Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, 'Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah'. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails