04 Januari, 2009

Menjenguk Pintu Sidratul Muntaha

Selain melaksanakan ibadah korban Wak Idamsi juga membuat kenduri aqiqah untuk anaknya yang kecil Nur Muhamad.Bayi kecil itu sudah mampu ketawa bila diacah..

"perlahan-lahan anak ini semakin melupai akan persaksiannya dialam roh apabila mula terpesona melihat dunia dan genggaman tangan sudah terbuka!..suara Tok Guru

"Apa yang digenggamnya dahulu?" Lihaj bertanya..

"Rahsia diri!",tambah Tok Guru.."apabila genggaman dilerai yang tinggal angka 99,satu lagi hilang!"

"Kemana?" tanya Iabel.

"Ke Sidratul Muntaha tempat Nabi saw bertemu DIA! ha..ha..ha.."
sampuk Kiai.

"Waduh tingginya! Bagaimana mungkin mencari kembali?Dimana sebenarnya Sidratul Muntaha?" desak Iabel.

"Disini!" Tok Guru meletakkan jari telunjuknya ke ubun-ubun Iabel.

"Langit ketujuh! tempat tertinggi letaknya akal yang menimbangkan KEBENARAN!!...Jibrail tiada disini...Allah perintahkan solat setelah MUhamad kenal DIA disini kerana disini tiada pengantara!"

"Loohh! Kok selama ini aku hanya di tingkat enam!" kami tertawa mendengar rengekan Iabel......

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails