
Firdaus, Seorang ahli perniagaan terkemuka di Kuala Lumpur, tiba di rumahnya jam 9 malam.
Tidak seperti biasanya, anaknya, Alia, berumur 9 tahun membukakan pintu untuknya. Nampaknya seperti dia sudah menunggu cukup lama.
"Eh sayang, belum tidur?" sapa Firdaus.....
"Alia tunggu Papa balik, kerana Alia nak tanya,
berapa sebenarnya gaji Papa?"
"Kalau nak dikira ya..
Setiap hari Papa bekerja sekitar 10 jam dan dibayar RM10,000,
tiap bulan lebih kurang 22 hari kerja,
kadang-kadang hari Sabtupun kerja.
Berapa ya gaji Papa?"
"Kalau 1 hari Papa dibayar RM400 untuk 10 jam,
bererti 1 jam Papa dibayar gaji RM40"
"Wah, pandainya Alia….
Sekarang cuci kaki, terus tidur ya.."
"Papa, boleh Alia pinjam RM10?"
"Sudah, Jangan macam-macam..
Buat apa minta duit malam-malam ni? Tidurlah.."
"Tapi Papa…"
"Papa kata tidur!"
Alia pun berlari menuju ke kamarnya, sedih.
Selesai mandi,
Firdaus menyesali tindakannya,
menjenguk Alia di kamar tidurnya sedang teresak-esak sambil memegang RM10.
Sambil mengusap kepala Alia, Firdaus berkata,
"Maakan Papa ya..
Papa sayang sama Alia..
Tapi Alia nak buat apa minta duit sekarang?
"Papa, Alia bukan minta duit.
Alia hanya nak pinjam,
nanti Alia bayar la balik dengan duit poket Alia minggu ini."
"Ok, ok, tapi Alia nak buat apa?"
"Alia tunggu Papa dari pukul 8 kerana nak ajak Papa dam ular 30 minit aja.”
Mama selalu kata waktu Papa itu amat berharga.
Jadi, Alia nak ganti balik waktu Papa.
Alia buka tabung, tapi hanya ada RM10...
Kerana masa Papa 1 jam dibayar RM40,
jadi kalau setengah jam Alia harus ganti RM20...
Duit tabung Alia kurang RM10,
jadi Alia nak pinjam dari Papa" kata Alia polos.
Firdaus terdiam.
Dia kehilangan kata-kata.
Dipeluknya tubuh kecil itu erat-erat dengan sayu.
Dia baru menyedari ……..,
ternyata limpahan harta yang dia berikan selama ini,
tidak cukup untuk "membeli" kebahagiaan anaknya.
Ternyata kebahagiaan keluarga terletak pada kualiti waktu yang dia berikan, Ke'hadir'an seorang ayah yang nyata.
dari email
Tiada ulasan:
Catat Ulasan