Murid = Selamat pagi, cikgu
Guru = (menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak semua doakan saya tidak selamat!!
Murid = Selamat pagi,petang dan malam, cikgu!
Guru = Panjang sangat!Tak pernah dibuat orang!Kata selamat sejahtera!Senang dan penuh bermakna.Meliputi semua masa dan keadaan.
Murid = Selamat sejahtera, cikgu!
Guru = Sama-sama,duduk!Hari ini cikgu nak uji kamu semua dengan perkataan berlawanan.Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawabnya dengan cepat,lawan bagi perkataan itu,faham?
Murid = Faham, cikgu!
Guru = Saya tak mahu apa-apa gangguan!
Murid = (Senyap)
Guru = Pandai!
Murid = Bodoh!
Guru = Tinggi!
Murid = Rendah!
Guru = Jauh!
Murid = Dekat!
Guru = Keadilan!
Murid = UMNO!
Guru = Salah!
Murid = Betul!
Guru = Bodoh!
Murid = Pandai!
Guru = Bukan!
Murid = Ya!
Guru = Oh Tuhan!
Murid = Oh Hamba!
Guru = Dengar ini!
Murid = Dengar itu!
Guru = Diam!
Murid = Bising!
Guru = Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid = Ini bukan jawapan,pandai!
Guru = Mati aku!
Murid = Hidup kami!
Guru = Malas aku ajar kamu!
Murid = Rajin kami belajar cikgu!
Guru = Kamu gila!
Murid = Kami siuman!
Guru = Cukup,cukup!
Murid = Kurang,kurang!
Guru = Mengapa kamu semua bodoh sangat!
Murid = Sebab saya seorang pandai!
Guru = Oh! melawan!
Murid = Oh! mengalah!
Guru = Kurang ajar!
Murid = Cukup ajar!
Guru = Habis aku!
Murid = Kekal kami!
Guru = O.k pelajaran sudah habis!
Murid = K.o pelajaran belum mula!
Guru = Sudah! bodoh!
Murid = Belum! pandai!
Guru = Berdiri!
Murid = Duduk!
Guru = Saya kata UMNO salah!
Murid = Kami dengar ke Adilan betul!
Guru = Bangang kamu ni!
Murid = Pandai kamu tu!
Guru = Rosak!
Murid = Baik!
Guru = Kamu semua ditahan tengahari ni!
Murid = Kami di lepaskan tengah malam tu!
Guru = (senyap dan mengambil buku-buku keluar)
he..he..he..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan