Adam : Solat itu hidup!! kerana dalam solat kita bawa 3 perkara sekaligus...itulah 'hukum' yang perlu dibawa dalam hidup ini..usul,fekah dan tasauf! Macam tungku kurang satu kaki tumbanglah ia...
Hawa : Kat mana yang dikatakan 3 hukum di bawa sekaligus dalam solat Adam?Tak pernah aku dengar!!
Umli : Laa!! Perbuatan yang kamu lakukan itu berdiri,duduk,sujud itu usul! Ia membentuk 'sesuatu'.Bacaanmu itu feqah atau syariat sebab ia sudah jelas dan dizahirkan.Tanpa sebutan dan gerakan ia masih belum sempurna.Niat awal kamu dirikan solah itulah tasaufnya kerana selagi belum disyariatkan solatmu ia kekal didalam niat tanpa sesiapapun tahu melainkan 'dirimu' sahaja yang mengerti.
Hawa : (terlopong)
Umli : Itulah yang harus dibawa dalam hidup...berdiri,duduk dan baring harus kita mentauhidkanNya.Sebab itu solat itu tiang agama kerana 5 rukun Islam dah kalian sempurnakan dengan hanya mendirikan solat...
Hawa : Bagaimana...lima rukun tertunai dalam solat?
Umli : Bolehkah kalian makan dan minum sewaktu solat?Itukan puasa...Solatuddaim..solat sebenar-benarnya..
Hawa : Apa tu..?
Umli : Cuba kau terangkan Adam!!
Adam : Laa! Awatnya aku pulak?Kalian yang tiba-tiba jadi kiyai tadi,teruskanlah!!!
Umli : Entah macam mana tetiba je aku boleh berkata-kata begitu...lain waktu kita sambung yek....ha..ha..ha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan