08 Februari, 2009

7 Wasiat.

Ibrahim bin Adham berkata,"Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu,dan saya tahu mereka adalah wakil guru tariqat.Sya berkata kepada mereka,berikanlah nasihat yang berguna kepada saya yang akan membuatkan saya berasa takut kepada Allah swt.

Lalu mereka berkata,"kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara iaitu :
..orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
..orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
..orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan
ibadatnya
..orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
..orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat hidup hatinya.
..orang yang memilih berkawan dengan orang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan
agamanya
..orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah
daripadanya."

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails