08 Februari, 2009

Perbualan Rasullullah SAW Dengan Iblis.

Telah diceritakan bahawa Allah SWT telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhamad saw agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya.Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai seorang tua yang baik lagi bersih,dengan memegang sebatang tongkat ditangannya.

Bertanya Rasullullah saw, "siapakah kamu ini?"
Orang tua itu menjawab,"aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku?"
Orang tua itu menjawab,"Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda lalu bertanya,"Hai Iblis,berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umatku?"
Iblis menjawab,"lima belas."
1.Engkau sendiri ya Muhamad.
2.Imam dan pemimpin yang adil.
3.Orang kaya yang merendah diri.
4.Pedagang yang jujur dan amanah.
5.Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6.Orang mukmin yang memberikan nasihat.
7.Orang mukmin yang berkasihsayang.
8.Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9.Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10.Orang mukmin yang sentiasa dalam keadaan suci.
11.Orang mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12.Orang mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13.Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain.
14.Orang yang hafal Al Quran serta selalu membacanya.
15.Orang yang berdiri melakukan solat diwaktu malam sedang orang lain tidur.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails