03 April, 2009

Aku tetap merinduimu ...sayang

Dila memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. .
dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam
ini.2.00 pagi. "Dila, Dila bangun sayang". Danial mengejutkan isterinya.

"Eh! abang dah balik, maaf Dila tertidur, abang nak makan?" tanya Dila.
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan
yang cukup mengecewakan Dila.

"Arrggh rindunya Dila pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,
abang tak nak tengok ker apa Dila masak hari ni, ikan cencaru sumbat
kesukaan abang," luah Dila dalam hati.

"Abang naiklah dulu Dila nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta
Dila
sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali
lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih
perasaannya. Dila ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas
perut kerana diasememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan
situasi itu. Dila menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya
masuk
bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi
terguris
hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan
mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Dila", bisik
hati kecilnya.

"Aargghh rindunya Dila pada abang. "Dila rindu nak peluk abang, Dila nak
kucup abang, Dila rindu abang".

Selesai solat subuh, Dila panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh
bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Danial tercinta, diberi kesihatan
yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan
kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu,
Dila
kejutkan Danial, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan
buat suami tersayang. Dila keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis
bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum" , sapa Danial yang sudah siap berpakaian untuk ke
pejabat.

"Waalaikumsalam, sayang". Dila cuba bermanja sambil menambah, "abang nak
kopi atau teh?"

Dila tetap kecewa apabila Danial hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada
'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar
menjaga hati Dila dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Dila menghantar
pemergian suami hingga ke muka pintu

"Abang, Dila belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Dila", kata
Dila selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Dila pada
abang....... ."


"Danial, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.

"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Danial acuh tak acuh. "Wow dasyat kau,
kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau".
Zikri bergurau nakal.

"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim
pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini
aku dah tidur. "Balas Danial.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik
lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau
ada masalah dengan Dila ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup
dikenali sejak dari kerja sambilan, sampai ke universiti malah sekarang bekerja

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak
balik rumah, bukan aku bencikan Dila, kami tak bergaduh tapi entahlah",
terang Danial.


"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar
semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul
Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Danial sambil menyambung kembali merenung
plan bangunan yang sedang direkanya.


Dila membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan
saat manis dia diijab kabulkan dengan Danial. Majlis cukup meriah
dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah anak kesayangan.

Saat-saat sebegini Dila teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih
ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya
sesiapa. Dila menangis sepuas hatinya.

5 tahun menjadi suri Danial, bukan satu tempoh yang pendek. Dila bahagia
sangat dengan Danial, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin
menjauh. Dila sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Danial. Makin
laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Dila, abang tidak menyesal?". tanya Danial 5 tahun
yang lepas.

"Abang cintakan Dila setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah
abang akan bahagiakan Dila dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang
buat Dila,"janji Danial.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Dila
lagi.

"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah,
Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Danial meyakinkan Dila.

Dila masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Danial dia
mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana
ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi
Danial yakin Dila mampu memberikannya zuriat.

Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Dila tidak salahkan Danial
sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Dila masih belum mampu
memberikannya zuriat. Walaupun Dila sudah selesai menjalani pembedahan
untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah
moden dan tradisional. Arrghh rindunya Dila pada abang.



"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak
salahkan Dila, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak
mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat
Danial terhenti disitu.

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri.

"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja,
sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa
simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar
sebaliknya", terang Danial.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri.

"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku
tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan
akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Dila sebab
itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya
macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi
perbalahan", Jelas Danial.

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak
berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku
harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu,
ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi,
tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Danial.



Dila masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan
pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi
rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Danial di Gemas. Kini dah
hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua
dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka
dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia
akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk
mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya,
maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.
Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke
kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang
ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Dila pada abang.


Dila tahu Danial pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan
memancing, dan hari ini sekali lagi Dila menjadi penghuni setia rumah
ini bersama setianya kasihnya kepada Danial. Dila masih tidak menaruh syak
pada Danial, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Danial bila dia
pulang malam nanti, tapi Dila takut dia kecewa lagi. Arghh tak
apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Dila pada abang.



"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I
kenapa?
Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Danial pada Zati yang dikenali
dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.

Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman
makan malamnya.

"I ikhlas Danial, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula
sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Danial, tapi Dila?


"Abang Dila tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu
Dila pagi tu, sebelum Danial ke pejabat.

"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Dila call teksi dan pergilah klinik ye,
abang tak boleh hantar Dila ni." jawapan Danial yang betul-betul
membuatkan Dila mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Dila sakit
demam Danial sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Dila. Arrgg rindunya
Dila pada abang.


Disebabkan Dila terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak
mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring..

Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat
sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Dila menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Danial pulang lewat setelah menemani Zati ke
majlis harijadi kawannya. Dila masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia
ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Danial. Tak
sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang
ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Dila pada abang.

Apabila Danial selesai mandi dan tukar pakaian, Dila bersedia untuk
membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam
yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat
sarat.

"Abang, Dila nak cakap sikit boleh?" Dila memohon keizinan seperti
kelazimannya.

"Dila, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Danial.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan
balik lambat, Dila tak berpeluang abang". ujar Dila dengan lembut.

"Eh.. dah pandai menjawab,"perli Danial.

Meleleh air mata Dila, dan Danial rasa bersalah dan bertanya apa yang
Dila nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Dila sejak akhir-akhir ni? Tanya
Dila.


"Dila, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar
duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Danial
beralasan.

Dila agak terkejut, selama ini Danial tak pernah bercakap kasar dengan
dia, dan dia terus bertanya,

"dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Dila, tapi sekarang?"
Ujar Dila.

"Sudahlah Dila abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang
menyesakkan dada", bantah Danial lagi.

"Sampai hati abang, abaikan Dila, Dila sedar siapa Dila, Dila tak mampu
berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong,
tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Dila terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Dila abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak
suka.Bosan betul..."

Pagi tu, Danial keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Dila dan tanpa
suara pun. Dila makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.

Malam tu Danial terus tidak pulang ke rumah, Dila menjadi risau, telefon
bimbit dimatikan, Dila risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon
ampun dan maaf dari Danial bila dia kembali. Dila masih menanti, namun
hanya hari ketiga baru Danial muncul dan Dila terus memohon ampun dan
maaf dan hulurkan tangan tetapi Danial hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja.
dila kecil hati dan meminta Danial pulang malam nanti kerana dia ingin makan
bersama danial. Danial sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Dila kecewa lagi. Danial pulang lewat malam. demam Dila
pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Danial dia ke klinik, sebab
sudah tidak tahan lagi.


Abang pulanglah abang, pulanglah Dila ingin beritahu perkhabaran ini,
pulang abang, doa Dila. Dila kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari
ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon
itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Dila kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku
jumpa kau?", tanya Zikri

"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa
izin
suami aku, berdosa tau", tolak Dila.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Dila itu. Setianya kau perempuan,
bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku,
boleh?" pinta Zikri

"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last
sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Dila.





"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Dila hanya tersenyum penuh
makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak
Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia
lakukan.
Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu.
Zikri serba salah.

"Dila, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak
mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Danial dalam proses
untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara
sendiri,
dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah
dengan Danial dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang."
terang Zikri.

Dila menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung
mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita
gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Dila menantikan
Danial sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Danial pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian
penting, dan masa ini Dila bertekad untuk bertanya.

"Ya betul apa yang Dila dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan
abang takkan lepaskan Dila, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan
mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Dila, kerana mereka juga
sayangkan Dila, dan Dila kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau
apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Dila."
Janji Danial.

Dila sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan
segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Dila
terlalu
kecewa.




Danial masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak
dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Dila
pengsan
dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih
resah.

"Insya-Allah En. Danial, dua-dua selamat". terang doktor pada Danial.

"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Danial

"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat
kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan
menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk
kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early
delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Dila mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Dila", kesal
Danial.

Malu rasanya untuk menatap muka Dila.

"Kenapa Dila tak bagi tahu abang yang Dila mengandung?
kesal Danial.

"Dila memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah
bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Dila tak sampai hati bang,
Dila tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Dila.

"Dila sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma
sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi,
dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan
jadi
ayah tidak lama lagi." janji Danial.

Kesal kerana mengabaikan Dila yang mengandung itu, membuatkan Dila
risau
dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan
membawa
kehopital, dan mujur jugak Dila pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.



"Mama kenapa mama buat tu, biarlah papa yang buat,"marah Danial bila
melihatkan Dila cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu,
mertua
dia meminta supaya Dila tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana
dia
memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang
keguguran
kerana rahimnya tidak kuat.

"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Dila. Itulah
panggilan manja mereka sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan
melakukan
pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor
mengarahkan
supaya Dila hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Dila dan
andainya apa-apa berlaku Dila akan terus dibedah untuk menyelamatkan
nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Dila akan dilawati oleh
Danial. Dila amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar,
amat
berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Dila sanggup tinggal di
hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja
semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Dila amat bahagia merasakan
gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi
dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Dila, kerana
bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para
doktor menjadi nyata apabila Dila mengalami pertumpahan darah yang
serius,
lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit
sahaja. Danial tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba
ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah
khabarnya Dila di dalam sana . Danial makin risau, setengah jam kemudian
doktor keluar.

Danial meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Danial terus bertanya.


"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik
dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya
upaya untuk selamatkan Puan Nuradilah." terang doktor.

"Apa maksud doktor? Tanya Danial yang sudah tidak sabar.

"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya
menggantikan
darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus
berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi
menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.

"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."


Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Danial sambil membelai dan
mengusap kepala Nur Dania Iman yang terlena akibat kenyang selepas menyusu
dengan Dila. Dila hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Nur Dania Iman.
Dila masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan
semangat demi Nur Dania Iman buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih
sayang
pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu.. Entah kenapa
dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam
dia
mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Nur Dania Iman, tanpa suara,
ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini
Dila
menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu
pada Danial.

"Mungkin mak Dila datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk
Danial menenangkan Dila.

"Abang... tolong Dila bang!!" laung Dila dari bilik air.

"Ya Allah Dila kenapa ni? Danial ketakutan.

"Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" danial menjerit memanggil emaknya
didapur.

"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Danial" perintah Mak Zaharah.





"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar,
dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia
'dijemputNya" , terang doktor. Terduduk Danial mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Nur Dania Iman seakan mengerti yang dia sudah
tidak
akan menikmati titisan-titisan susu Nuradilah lagi.
Nur Dania Iman menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan
seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk
melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan
neneknya. Nur Dania Iman terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan
dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir
kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil
itu.
Semua terpaku dan terharu, Danial mendukung Nur Dania Iman dan memujuk bayi
kecil
itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.




Abang yang Dila rindui,

Abang maafkan Dila kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang
terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Dila sudah
jauh
meninggalkan abang, Dila tak arapkan Dila akan selamat melahirkan anak
ini, tapi Dila harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Dila.
Itu harapan Dila bang. Dila masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh
kerana Dila tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni
doa Dila dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Dila menanggung segala
kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Dila menulis surat ini, Dila masih
lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal
bergerak bang, tapi Dila bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Dila
bahagia, cukuplah saat manis ini Dila dan dia.
Dila rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya
ditakdirkan
Dila hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan
sahaja Dila redha bang. siapalah Dila untuk menolak ketentuanNya. Dila tak
mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan
doa
Dila untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Dila cintai dan
kasihi selamanya.. Dila redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi,
Dila
redha, kerana Allah telah memberikan Dila sesuatu yang cukup istemewa,
dan
andainya maut memisahkan kita Dila harap abang redha sebagaimana Dila
redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Dila untuk
merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa
yang
Dila takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Dila harap abang
akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Dila harap abang jangan biarkan
hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Dila harapkan dia akan mendapat
seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan
menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Dila, Dila
tak pernah
meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Dila, janjilah
anak
ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Dila rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Dila ingin sangat ucapkan
kata-kata ini pada abang, tapi Dila tak berkesempatan, dan walaupun kini
Dila tiada lagi, tapi Dila nak abang tahu yang...

Dila rindukan abang...... Dila rindu sangat dengan abang..... rindu
bang...
rindu sangat....

Sekian,


Ikhlas dari isterimu

NurAdilah Bt. Mohd Nasir


Danial melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan
kini
dia amat rindukan Nuradilah... . dan kini barulah dia sedar betapa berharga
sebuah kerinduan itu..... Dila.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik
hati Danial.




Kini hampir genap 20 tahun Dila meningalkan Danial.. tetapi surat terakhir dari isteri yang tercintanya itu masih segar dalam simpanannya. ... Kini dia sedar betapa
dalamnya cinta itu jika disemai setiap hari dengan erti kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan penuh bertanggungjawab. .. lerai lah sudah segala galanya.. sekian. ...
SAYANGI LAH IA SELAGI IA ADA DI SISI......



1 ulasan:

Unknown berkata...

mohon share apa yg ad d sni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails