‘ALAM AL QUDDDUS’
‘ALAM ZUQIAH ZAT SEMATA’
Marilah hai ‘Insan’
Sekiranya kau ingin 'mengatasi serta menguasai' segala ilmu2
Ke ‘ALAM KEHENINGAN SEJATI’
Ke 'ALAM tiada ujud BERHALA2 perasaan.
Alam!!!
Tanpa 'Roh dan jasad', makan dan minum,
Tanpa 'Hidup dan mati'
tanpa tidur serta mengantuk….
Tanpa ugama2….tiada sesat larat
Tanpa malaikat2 memberi ilham
Tiada wali2, QUTUB2, AUTAD2, NUJBA'......
Tanpa syaitan …tiada tipuan
Tanpa nabi2….tiada syafaat
Tanpa ADAM, IBRAHIM, ISMAIL, MUHAMMAD.....
Tanpa ulama’2
Tiada haram, halal, harus dan mubah
Tanpa manusia2, tanpa makhluk
Tanpa Al-Quran….
Tanpa hadis2, kitab2…tanpa mazhab2
Tanpa syariat2, tariqat2, haqiqat2, ‘TANPA MA’RIFAT2’
Tanpa NUR MUHAMMAD, MARTABAT 7, HAQIQAT INSAN
Tanpa WAHDATUL UJUD, HULUL, serta Tasyabuh.
ALAM KESEJAHTERAAN ABADI
Alam 'Tiada TUHAN tiada DIRI'
Ke’ALAM AL MUTHAMAINAH’
Alam!!!
Tanpa dosa dan pahala
Tanpa syurga dan neraka
Tanpa bidadari, sungai susu dan madu mengalir .....
Tiada hari QIAMAT
Tanpa kerisauan dan ketakutan .....
Alam tanpa ilmu serta fikir
Tanpa tesis2 dan hipotesis2 .....
Tanpa terhijab olih khayalan2 semesta
Tanpa hukum hakam merintangi
Tanpa hasad serta kebencian.....
Tiada feqah, tassauf, usul.....
Tanpa berita dan cerita2 , lakunan2......
Tanpa bentuk, ragam2 serta warna warni, sifat2, nama2, ma'ana,ma'ani...
Tiada nafi, tiada isbat, tiada mengucap, tiada taubat nasuha.....
Alam ‘MERDEKA’ tanpa batas
'ALAM tanpa hiruk pikuk serta kesedihan'
Alam 'BEBAS tanpa SEMPADAN'
Ke ‘ALAM KEADILAN ILLAHIYAT’
Tanpa putih serta hitam
Tanpa suku dan bangsa
Tanpa miskin, kaya
Tanpa cantik, buruk
Tanpa pintar, bodoh
Tanpa maqam2, darjat2, martabat2
Tanpa engkau dan aku
Tanpa anak serta isteri
Tanpa ibu , bapa
Tanpa sahabat dan taulan
Tanpa memiliki dan dimiliki
Alam ‘Tanpa Bumi serta Langitnya’
Alam ‘KELU, TULI, BISU’
Ditukarkan bumi 'tanpa bumi', langit 'tanpa langit'
Di Daerah KEYAQINAN KESAKSIAN.
Ke ‘ALAM Al MUNTAHA’
Alam 'Tanpa kekaburan'
Alam ‘PERHENTIAN’ segala ujud
Terhenti segala 'PENCARIAN'
Tanpa matahari, bulan dan bintang2
Tanpa laut dan daratan
Tanpa halilintar sambar menyambar….
Tanpa tanah, air, api dan angin
ALAM MENUNGKAH ARUS ADAT
tanpa ketuaan dan kemudaan.
Di Hadrat KEESAAN tanpa beza
Sesungguhnya 'TUHAN tidak pernah HILANG'
Kenapa pula Ia nya di'CARI'
Hai! ‘INSAN;
Lintasilah
‘ALAM TANPA QIAS’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan