26 April, 2009

Berhala

Bagaimanapun, ungkapan 'berhala' dipakai dalam pengertian dan keperluan yang lebih luas dan tidak semestinya menggambarkan sesuatu imej atau simbol; kadangkala bermakna sebab2 atau ide2/ tesis.

Adalah kebiasaan bagi individu mendambakan jiwanya kepada kesyumulan zat KeTuhanan atau simbol Ketuhanan.

Pada fitrahnya manusia pasti akan mencari ide yang memberikannya sesuatu yang 'perlu difikirkan di kala jaganya dari tidur', dan tidak sekali2 membiarkan perasaannya kosong dari sesuatu ingatan.

Apabila individu tidak condong kepada berbuat ‘taat’ ( kebiasaan berpendapat bahawa ingat kepada tuhan itu dikatakan ketaatan), maka manusia menyebukan dirinya secara langsung diarena yang lain, umpamanya berseronok dengan kemudahan2, seperti seekor binatang, atau mencari sandaran hala kesetiaan seperti penyembahan berhala. Dan sandaran perasaan ini adalah dalam bentuk imej atau pun tiada. Yang mana keadaan ini tidak 'pula' di kategorikan ‘taat’.

Juzu’ terendah dari penyembahan berhala, seperti taatnya manusia kepada pemimpin2 yang berkuasa,tanpa mempersoalkan kewibawaan mereka, umpamanya Hitler, Stalin, Mao Tse Tung,….yang menjatuhkan maruah insan untuk ketahap binatang.

Walau bagaimana pun ‘taat kepada nabi2, guru2, ibu bapa, mursyid, para pentarbiah2 rohani, sami2, rabi2, pendeta…(Karakter2 yang dianggap luar biasa) 'bolih juga' dikategorikan menyembah berhala, kerana umumnya berpendapat individu2 ini luar biasa (Super Human), Manusia umum juga berpendapat bahawa individu2 tersebut adalah di kalangan manifestasi KeTuhanan.’

Tetapi hujah yang khusus menetapkan yang demikian itu sebahgian dari taat kepada berhala ‘perasaan’, kerana yang wajib ditaati adalah Zat Illahiyat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails