28 April, 2009

Kalam 18

Tatkala ‘INSAN INI’ beritiqamah/menetap di pesada ‘ALAM QUDDUS’, menyaksikan haqiqat disebalik ‘ketersasulan pengiaan sihir/magik KeTuhananan itu semata2’. Tuhan yang menopengkan diriNya pada kehadiran ALKULLIAT/ UJUD SEGALA.

Apa yang dilihat, didengar, dirasa olih longkang2 pancaindera lima hanyalah fantasi/ ilusi Illahiyat, kerana disebalik/ tabir/ hijab gambaran2 sihir terjemahan zatiahNYA ini, ujud satu fenomena HAQIQAT ujud KEDIRIAN diriNYA tanpa dapat di difinasikan dan diqiaskan.

Minda adalah ‘seolah2’ satu alat seumpama’layar pementasan putih bersih’ dimana Tuhan mencorak-coretkan warna-warni keseolahan ‘ada sesuatu’ serta diriNYA, pada hal 'kebenaran'nya Allah sendiri mengetahui ‘tiada sesuatu berserta dengan ujudNya’. Allah maha ‘ESA/ TUNGGAL’.
'BINASA' dan 'TIDAK ADA' itu dibenci kerana ALLAH mencintai 'TOPENG2 ZATIAH KESEMPURNAAN' Nya, yang hanya mampu sisaksikan di ALaM ALQUDDUUS ZATIAH Nya secara zuqiah.

Ujud/Alkulliat (setiap apa yang dirasakan ‘ADA’ pada minda/ loh mahfuz/ arasy al kuliat/ persetempatan segala ujud ) adalah fantasasi/ iulusi/ lukisan2 magik/ sihir KeTuhanan dari ‘TERJEMAHAN/ TAJJALI / PENAMPAKAN/ BAYANGAN zatNya semata2’, dan bukannya realiti/ haqiqi ZatNya sendiri. Satu permainan silap mata Ketuhanan yang berupa2, berwarna-warni, berbunyi, berhuruf2., avatar/ monolit/ berhala minda yang menghasilkan ranjau2 hipotesis/ ilmu2 yang mengalutkan kesedaran keEsaanNya.

Yang kabur ialah ‘bagaimana memastikan maksud2 permainan silap mata keTuhanan ini’. Maka hendaklah ‘Insan ini’ menggunakan keseluruhan tenaganya memisahkan dirinya dari khayalan2 ini.

Maka cinta itu ‘ibarat dari kecenderungan tabi’at kepada sesuatu yang melazatkan. Sekiranyanya kecenderungan ini kuat dan kukoh, nescaya dinamakan ‘asyik’, maka bergantunglah hati kepada berhala2 ilmu/fantasi ketuhanan.

Yang pintar itu ialah meniadakan ‘yang jelas tiadanya.’ (DUNIA dan ISI2nya keseluruhannya adalah TOPENG2 ZATIAH KETUHANAN)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails