12 April, 2009

'Kenali mengenali'

Perkara yang paling pantas untuk mengenal 'Tuhan' ialah dengan bertanya kepada diri sendiri.

1. Bagaimana dan mengapa 'Diri' dalam bentuk jasad mampu hidup?

2. Bagaimana dan mengapa 'Diri'/ jiwa mampu berkata?

3. Bagaimana dan mengapa 'Diri' bolih mampu melihat dengan daging, darah, urat2... yang berbentuk mata?

4. Bagaimana dan mengapa 'Diri' mampu mendengar dengan daging... yang berbentuk telinga?

5. Bagaimana dan mengapa 'Diri' mampu merasa dari daging2 yang berbentuk organ2?

6. Bagaimana dan mengapa otak yang bersifat ceair/ darah, daging mampu berfikir.?

Adakah keseluruhan yang tersebut diatas, mampu atau layak melakukan segala persepsi dengan sendirinya? Bahkan sekiranya otak dikeluarkan dari rangka kepala dan diletakan diatas pinggan, dalam berberapa jam sahaja, ia beransur mereput. Dan yang pastinya ia tidak lagi mampu. berfikir.

Jadi siapakah 'Dalang' yang memain peranan diatas 'Diri' dalam menjalani jaringan hayat ini? Dan sekiranya diteliti dan kaji secara halus dengan keterbukaan perasaan, nescaya 'Diri' telah pun mengenal siapa sebenarnya 'DiriNYA'.

Jika kita perhatikan setiap gerak geri 'Insan', terus kepada haqiqatNYA, nescaya kita tidak ada rasa benci, menghina, dendam, tama', bangga diri......

Pada dirimu apakah tidak kamu lihat/ saksikan 'KeTuhan'an?

Sesungguhnya 'Aku adalah 'Tuhan' dan tiada Tuhan kecuali 'DiriKU'

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails