09 Mei, 2009

Qasidah Berkalam

Dan unta2 dengan sifatnya yang dungu,
terpengaruh dengan nyanyian sipengembalanyanya
meringankannya dari pikulan yang berat2
memendekkannya dari perjalanan yang jauh
kerana sangat gembiranya mendengar nyanyian2 itu
membangkitkan kegembiraan ketaraf yang memabuk dan melalaikannya

ketika telah jauhlah lembah yang dilampaui
dan telah letih dan bosan dengan beban dan pikulan
lalu apabila siunta2 mendengar panggilan sipengembalanya
dengan gema nyanyian2
maka tegaklah lehernya mendengar nyanyian2
dengan tegaknya daun telinga
dan cepatlah mereka berjalan
serta bergoyanglah beban dan pikulannya
kadang-kadang membinasakan diri mereka
kerana cepatnya berjalan dan beratnya pikulan
sedang siunta2 tidak sedar kerana rajinnya.

Ilmu2 adalah seumpama Qasidah2 yang mempersonakan kepada manusia-manusia unta dari 'SiPengembala/ PENCIPTA AGUNG'

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails