12 Jun, 2009

6 Perintah Iblis Kepada Pasukannya

Enam perintah Iblis kepada pasukannya

Tak kenal maka tak sayang, tak sayang maka tak cinta. Namun pepatah ini tidak laku kepada para syaitan. Mengapa? kerana

Pertama : Semakin kita mengenal iblis dan pasukannya maka kita bukannya semakin sayang atau cinta tetapi malah jadi semakin hati-hati dan waspada kepada tipu dayanya.

Kedua : Semakin iblis dan pasukannya mengenal kita maka bukannya mereka makin sayang atau cinta kepada kita tetapi semakin hebat godaan dan tipu dayanya.

Syaitan terdiri dari 2 golongan iatu syaitan dari golongan manusia dan syaitan dari golongan jin.

Ciri utama syaitan: “Paling gemar menterbalikkan kebenaran. Mengatakan yang benar itu salah, dan yang salah menjadi benar.” (Contoh: Memakai tudung sebagai kolot dan menyukarkan mendapat pekerjaan sedangkan mendedahkan aurat adalah sesuai dengan peredaran zaman sekarang)

Tugas utama para syaitan: Menggoda manusia menggunakan cara yang paling halus sehingga cara yang paling kasar supaya manusia masuk neraka.

Enam perintah Iblis kepada pasukannya (para syaitan dari golongan Jin dan Manusia) :

1. Jauhkan manusia dari Ilmu agama dan Iman, kemudian lemparkan mereka kedalam syirik dan kekufuran (inilah Puncak Keinginan syaitan). Sekiranya tidak mampu, maka:
2. Ajak mereka untuk mengerjakan bid’ah. Sekiranya tidak mampu, maka:
3. Pujuk agar mereka gemar melakukan dosa-dosa besar. Sekiranya tidak mampu, maka:
4. Pujuk agar mereka senang dengan dosa-dosa kecil. Sekiranya tidak mampu, maka:
5. Buatlah agar mereka senantiasa melakukan perbuatan sia-sia supaya terhalang dari perbuatan penting, perlu, dan berkualiti. Sekiranya tidak mampu, maka:
6. Siksalah mereka, hinalah mereka, kelabui mereka, dan setelah itu tuduhlah mereka telah melakukan perbuatan tercela, haram, sampai mereka sedih berlarut-larut, kecewa mendalam, frustasi dan putus asa…….


Demikianlah, padahal putus asa adalah haram bagi muslimin……………………….

Brother n sister, kalau jatuh, bangkitlah lagi.... jatuh lagi, bangunlah lagi...... jatuh lagi, bangkit lagi..... dan seterusnya sampai iblis dan pasukannya (para syaitan dari golongan jin dan manusia) berkata begini : "halaaaah... membazir saja saya mengganggu dia ni..."

Ketahuilah bro n sis, iblis dan para syaitan itu sebenarnya mudah berputus asa..... Dan sebaliknya mereka paling gemar kepada orang yang apabila jatuh dan atau melakukan dosa, terus berkata begini : "halaaah... membazir saja saya taubat / saya mohon ampun, seterusnya saya buat dosa lagi.... nanti ajalah saya mohon ampun / taubatnya....."

Begitulah, semoga kita termasuk orang yang di beri kekuatan untuk tetap kukuh, kuat, mapan, sekeras batu karang...

Dipetik dari http://aqse.multiply.com/ dengan suntingan dari bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails