Sekiranya kita perhatikan secara teliti... Atau kita bedah jer otak ini, nescaya kita tidak akan dapat lihat didalamnya dari huruf, suara, gambaran2...
Bahkan didalamnya tidak ada jasad insan dan anggota2 tubuhnya sekali2. Tidak ada padanya dunia, kehidupan , kematian, ilmu, ugama, tuhan, diri, malaikat, nabi, wali, syurga, neraka, dunia, alam akhirat, dosa, pahala, syaitan....dan keseluruhan alam2 yang difantasikan. Tidak ada apa2 kerana 'tidak ada apa2an kerana tiadanya'.
Kebiasaannya, manusia dibutakan kpd kehadiran ZAT Mutlaq dengan mata 'zahir'nya. Ditulikan kepada kunggulan Zat Mutlaq dengan telinga 'zahir'nya, Manusia dibisukan kpd keesaan ZAt Mutlaq dengan olahan2 senikata2 bahasanya.
Manusia kebiasaannya, 'yg tidak disedarkan', cuma 'beriman' kepada pancainderanya yang lima. Maka sentiasalah manusia ini buta, walaupun ia melihat; pekak, walaupun ia mendengar; bisu/ kelu, walaupun ia berkata2.
Dengan demikian bersifatlah ia dengan sifat2 manusiawiyah alhaiwaniyah yang 'berjasad'.
Melainkan kita bercita2 untuk mengulangi mimpi2 'yang seolah ada'. Masing2 ada fungsinya.
Walau bagaimanapun tidaklah bersalahan untuk meneruskan mimpi hayat, cuma 'kita tidak disedarkan sahaja' kepada kehadiran Zat Mutlaq. Kerana segala2nya berawal dari Zat yang mentajallikan diriNYA dalam 'kerupaan fantasi2'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan