04 Ogos, 2009

Gopeng - Rao

GOPENG ialah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 20 km dari Ipoh, ibu negeri Perak,Malaysia.

Gopeng juga terkenal dengan gua batu kapurnya, Gua Tempurung. Gua ini berada sejauh 5 km dari pusat bandar.

Infrastruktur Utama

  • Pasar Besar Gopeng
  • Medan Purnama
  • Pejabat Pos Gopeng
  • Balai Polis Gopeng
  • Stesen Bas Gopeng

Gaya Hidup

Masyarakat Gopeng sememangnya sangat bertuah kerana dikelilingi tiga bandar besar yakni Ipoh (utara), Kampar (selatan) dan Batu Gajah (barat). Seperti pekan-pekan biasa yang terletak di luar rangkuman bandaraya, kehidupan di Gopeng tidak begitu sibuk pada hari-hari biasa termasuklah hujung minggu.

Kehidupan di Gopeng dihidupkan lagi dengan kehadiran pasar-pasar pagi dan juga pasar malam. Pasar pagi di Gopeng dibuat pada hari Selasa atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lambak Selasa. Istilah ini telah digunakan sekian lama khususnya masyarakat Melayu Rawa atau Orang Rao di Gopeng. Pada hari Jumaat pula, pasar malam pula diadakan di Gopeng.

Kebanyakan penduduk Gopeng akan menuju ke Ipoh untuk menghabiskan waktu malam hujung minggu mereka di mana lebih banyak tempat untuk membeli-belah dan bersantai.


Lebuh daripada separuh penduduk Gopeng adalah berketurunan Cina (lebih kurang 60%). Industri perlombongan bijih timah yang pernah maju suatu masa dulu telah menarik kemasukan orang Cina untuk bekerja dan menghuni Gopeng. Kaum-kaum lain yang tinggal di Gopeng termasuklah orang India (terutamanya orang Tamil), Melayu dan Orang Asli.

Penduduk Gopeng dianggarkan berjumlah lebih kurang 100,000 orang.

Antara penempatan-penempatan yang terdapat di Gopeng:

Taman Gopeng Jaya
Kampung Pisang
Kampung Rawa
Taman Changkat Golf
Taman Gopeng Indah
Kopisan Baru
Lawan Kuda Baru
Taman Kinta
Taman Gopeng Baru
Kampung Tersusun Kampung Pulai
Kampung Tersusun Gopeng
Kampung Lawan Kuda
Kampung Jahang
Kampung Jelintoh
Kampung Sungai Itek
Kampung Pintu Padang
Kampung Gunung Mesah Hulu
Kampung Gunung Mesah Hilir
Kota Baru Estate (small railway station town)
Kampung Gunung Panjang

Asal-usul nama

Ada dua versi bagaimana nama Gopeng boleh wujud.

  • Gopeng dikatakan nama seorang pelombong berbangsa Cina yang bernama Goh Peng. Goh Peng merupakan seorang rakyat China yang miskin dan cuba membantu keluarganya yang miskin berikutan kebuluran dan bencana banjir besar di wilayah Kwangtung. Goh Peng berjaya menjadi pelombong yang berjaya.
  • Nama Gopeng dikatakan berasal dari nama sejenis buah pulai yang gopeng, yang bermaksud telah bertebuk oleh tupai dan lain-lain. Di sini memang banyak pokok pulai, malahan terdapat sebuah tempat yang dinamakan Simpang Pulai.
  • Nama asal Gopeng ialah Gunung Mesah. Beberapa orang penduduk di sini menjadi buruan tentera British semasa Perang Perak 1875.

Senarai Masjid

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails