05 Ogos, 2009
Seorang Perempuan Dengan Anak Gadisnya
Pada yang pernah membacanya,sekadar imbasan memori..
Kisah ni di petik dari Kitab Mawa'idhul Muluk..
Semoga ia menjadi renungan kita bersama..
Alkisah..
Pada suatu hari Raja Kisra keluar berburu dan ketika di hutan dan berjauhan dengan tentera-tenteranya, hujan turun dengan lebat hingga dia terpaksa menumpang teduh di rumah seorang perempuan tua.
Ketika dia menghela kudanya ke kandang,dia nampak anak gadis perempuan tua itu memerah susu lembu.Susu yang dapat dihasilkan begitu banyak sekali.Terlintaslah dalam hati Raja Kisra untuk mengenakan cukai bagi setiap lembu sebab susunya amat banyak.
Pada waktu malam,sebagaimana biasa gadis itu memerah lagi susu-susu lembu tetapi tidak keluar walau setitis.
"Emak," panggil gadis itu. "Raja telah berniat jahat terhadap rakyatnya."
"Mengapa?"
"Kerana lembu tidak mengeluarkan susu walau setitis."
Tanpa disedari oleh kedua-duanya.Raja Kisra mendengar segala-galanya.Dia pun mengubah niatnya akan berlaku adil dan tidak memungut cukai terhadap lembu-lembu.Dan pada pagi hari,sekali lagi gadis itu memerahi susu lembu dan didapatinya susu begitu banyak pula.
"Emak,rupanya raja telah memadamkan niat jahatnya." kata gadis itu dengan riang.
Apabila hari telah tinggi datanglah tentera Raja Kisra untuk mengambil raja.Raja memerintahkan perempuan tua dan anak gadisnya dibawa sama ke istana.Tidak terkira betapa takutnya kedua-dua beranak itu.Mereka mencari-cari kesalahan yang telah mereka lakukan selama ini tetapi tidak berjumpa.
"Di manakah kamu tahu raja akan berbuat jahat kepada rakayt?"soal Raja Kisra.
"Kami telah tinggal di tempat kami sejak sekian lama.Apabila raja berlaku adil dan baik,bumi kami menjadi subur dan kehidupan kami luas dan lapang,tetapi apabila raja berlaku kejam,keringlah tanah kami dan terhenti hasil-hasil ternakan dan pertanian kami."
Mendengarkan itu,Rsja Kisra menjadi insaf dan dia menitahkan agar perempuan tua dan anaknya itu diberikan layanan dan penghormatan yang baik sekali.
**Buat para pemimpin,tidak kira memimpin sesuatu organisasi yang kecil ataupun besar,berlaku adillah terhadap pimpinan kalian.Sesungguhnya ia suatu amanah yang berat dan semestinya tidak dapat tidak lari dari pertanyaan tentang amanah itu oleh Sang Khaliq.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan