17 September, 2009

Tumpasnya Rasul Melayu



Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Apalagi manusia tak sedar diri yang menggelarkan dirinya Rasul Melayu.

Alhamdulillah, ketua ajaran sesat mengaku ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, 59 tahun berjaya diberkas Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.


Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi juga berkata Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.

“Semasa kita nak tangkap dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita ketuk (pintu rumah) dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung… Rasul Melayu pun tak puasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails