17 Mac, 2010

Bunuh Diri - Hutan Aokigahara









Menjadi kegemaran sebagai destinasi pelancongan terakhir individu yang mempunyai masalah hidup, Aokigahara merupakan antara tempat pilihan terbaik didunia.

Ia yang juga dikenali sebagai lautan pokok, mempunyai sejarah mengenai syaitan dalam mitologi Jepun.

Pada tahun 2002, sebanyak 78 mayat telah ditemui walaupun papan tanda amaran atau rayuan diletakkan supaya mereka jangan melakukannya.

Suasana didalam hutan itu amat menyeramkan dengan ketiadaan angin dan hampir tiada hidupan liar menjadikannya terlalu sunyi.

Ia direkodkan sebagai tempat kedua pilihan untuk membunuh diri selepas Golden Gate Bridge di San Francisco. Tempat ketiga pula dimenangi oleh The Prince Edward’s Viaduct di Toronto, Kanada.

Semenjak tahun 1950, sebanyak 500 kematian telah dilaporkan, hampir kesemuanya disebabkan oleh kegiatan bunuh diri di hutan tersebut dengan dianggarkan 30 kematian dalam setahun.

78 mayat yang ditemui pada tahun 2002 telah menewaskan rekod pada tahun 1998 iaitu sebanyak 73 mayat. Pada tahun 2003 pula, angka itu meningkat menjadi 100 dan pada tahun berikutnya, pihak kerajaan tidak mahu mengumumkan rekod yang diterima supaya tiada lagi "publisiti" untuk hutan tersebut sebagai "destinasi pelancongan terakhir".

Pada tahun 2004 pula, hutan tersebut telah difilemkan dengan tajuk, "Jyukai — The Sea of Trees Behind Mt. Fuji" yang diarahkan oleh Takimoto Tomoyuki sekaligus memberikan semula publisiti kepada hutan tersebut.

Pada tahun 2008, Joshua Gates bersama kru-nya telah pergi ke hutan tersebut untuk mencari hantu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan Jepun sebagai negara kedua yang mempunyai tahap kes bunuh diri tertinggi diantara negara-negara yang kaya selepas Rusia.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails