Pengertian Muhammad itu dan apakah asal-usul nama Ahmad itu?Mengapa nama Nabi disebut Ahmad dalam kitab Injil dan dalam Al-Quran disebutkan Muhammad?
Muhammad dalam bahasa Melayu ertinya dipuji dan Ahmad ertinya yang lebih terpuji, demikian jika diterjemahkan dalam bahasa Arabnya ke dalam bahasa Melayu,begitu juga dalam erti loghat. Dan dalam erti istilah ia mempunyai makna lebih luas dan tersendiri serta mempunyai maksud tertentu.
Muhammad dalam hurufnya terdiri daripada Mim, Ha, Mim dan Dal. Muhammad ertinya manusia yang sempurna zahir batin.Muhammad ertinya mempunyai syafaat pada hari kemudian dan mempunyai kedudukan dan martabat yang tinggi di sisi Allah. Baik darjatnya sebagai seorang Rasul yang mempunyai akhlak yang luhur,menjadi rahmat untuk seluruh alam,mahupun kedudukannya sebagai manusia,dan juga sebagai kekasih yang mempunyai syafaat yang besar di hari Kiamat.
Kini dari segi grafik gambar huruf-hurufnya terdiri dari: Mim, Ha ,Mim , dan Dal merupakan gambar tubuh manusia:Mim pertama merupakan gambar kepala. Ha merupakan gambar bahu, Mim kedua merupakan gambar perut dan Dal gambar dua kaki.
Maka, tubuh yang ada pada manusia adalah merupakan gambar daripada 4 huruf yang terdapat pada nama Muhammad. Muhammad merupakan manusia yangt patut dicontohi akhlaknya dan patut dipuji. Oleh sebab itu, jika ada orang yang bernama Muhammad hendaklah dapat menyesuaikan diri dengan erti nama itu.
Apa erti nama Ahmad pula?
Nama Ahmad terdiri daripada huruf Arab yang 4 huruf iaitu:Alif, Ha, Mim, dan Dal. Ia merupakan grafik bagi orang yang bersembahyang:
Alif berdiri seperti orang yang berdiri,hendak takbir. Ha, seperti kelakuan orang yang rukuk dalam solat. Mim, seperti orang yang sujud dan Dal seperti kelakuan orang yang sedang duduk.
Jadi keempat-empat huruf itu adalah gambaran daripada orang yang sedang melakukan sembahyang yakni: berdiri, rukuk,sujud dan duduk tahiyyat akhir.Dengan ini, jelaslah bahawa kelakuan orang yang sembahyang adalah gambaran daripada huruf Ahmad. Seterusnya, keempat-empat huruf itu mempunyai erti tentang kehidupan manusia di 4 alam.
Alif berdiri manusia pertama atau hidup pertama di alam arwah. Berdiri masih bebas belum menerima suatu kewajipan apa-apa daripada Allah.
Manakala rukuk, di alam dunia menyatakan manusia harus tunduk kepada hukum2 atau undang-undang baik hukum-hukum Allah(hukum alam), hukum agama atau hukum2 negara. Maka, selagi manusia hidup di alam dunia, mereka harus tunduk pada hukum adat, hukum agama(syariat Islam), hukum masyarakat dan juga hukum negara.
Mim, sujud, ertinya manusia memasuki alam ketiga iaitu kubur, atau alam barzakh yang mana setelah roh manusia dicabut mereka akan dikembalikan kepada Allah dan tubuh sasa mereka akan kembali kepada asalnya iaitu tanah sementara menunggu sampai datangnya Kiamat. Sujud beerti manusia tunduk menyerah dalam kekuasaan Allah seratus peratus.
Dal, duduk tasyahud akhir ialah kelakuan atau kedudukan manusia yang terakhir di alam akhirat yang kekal abadi tidak berpindah-pindah lagi kerana tidak ada lagi alam lain selain dari alam Akhirat.
Akhirat ertinya akhir kehidupan manusia, tidak berpindah zaman atau berpindah alam. Sekiranya manusia mengetahui hakikat daripada solat maka tidak ada seorangpun yang mahu bermalas-malasan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan