29 April, 2010

Ragam nafsu


Lebih 300 buah tong berisi abu mayat ditemui di dasar Tasik Zurich sedalam 9.1 meter di sini yang disyaki dibuang dari sebuah klinik bunuh diri terkenal Switzerland, Dignitas di kawasan berdekatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia ditemui secara tidak sengaja apabila sekumpulan penyelam dari sebuah agensi perkhidmatan penyelamat sedang mencari peralatan pelindung panas matahari yang terjatuh dari bot mereka sebelum menghubungi pihak polis, baru-baru ini.

Pada tong itu tertera logo perkhidmatan pembakaran mayat yang sering digunakan oleh klinik Dignitas yang ditubuhkan sejak 1988 kerana mengendalikan aktiviti membunuh diri untuk para pelanggannya dari seluruh dunia.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails