Alat ini biasanya berada di hujung kabel keyboard yang bersambung ke komputer, bertujuan menyimpan semua data yang telah ditaip oleh keyboard itu.
Alat ini kebiasaannya digunakan di CC, pameran, hotel dan lapangan terbang.
Maka berwaspadalah terutamanya bagi anda yang menggunakan internet di tempat-tempat seperti itu untuk meng'access' account bank online atau web-web yang melibatkan maklumat peribadi seperti PIN, password dan sebagainya.
Alat ini berfungsi merekod data keyboard dan akan disimpan di dalam 'Black Device'.
Dan data dalam 'Black Device' ini berkemungkinan besar akan digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Antaranya menceroboh akaun kewangan dan sebagainya. Untuk itu, sebelum menggunakan komputer di tempat-tempat seperti yang telah disebutkan, periksa komputer tersebut dahulu. Ingat, kita mampu mengubahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan