Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Ketika tiga orang sekawan sedang berjalan, mereka ditimpa hujan lalu mengambil perlindungan dalam sebuah gua di sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung tersebut jatuh di mulut gua dan mengurung mereka di dalamnya. Maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain:
“Berfikirlah tentang amal shalih yang pernah kalian lakukan semata-mata kerana Allah, kemudian berdoalah kepada Allah dengan bertawasul melalui amal tersebut, semoga Allah memberi jalan keluar dengannya.”
Maka berkata salah seorang daripada mereka:
“Ya Allah! Sesunguhnya aku mempunyai ibubapa yang sudah sangat lanjut usia,
seorang isteri dan anak-anak kecil yang masih aku pelihara.
Saat aku pulang ke rumah pada waktu petang sambil membawa ternakanku kepada mereka,
aku memerah susu. Aku biasanya memberi minum ibubapaku sebelum anak-anakku.
Suatu hari, tempat aku mengembala amat jauh sehingga aku hanya sempat pulang ketika hari sudah amat lewat petang. Aku dapati ibubapaku sudah tidur.
Aku memerah susu seperti biasa, membawa bekas berisi susu dan berdiri di samping ibubapaku.
Aku tidak suka membangunkan kedua-duanya dan aku pula tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum kedua-duanya, sekalipun anak-anakku menangis di kakiku kerana kelaparan. K
eadaanku dan anak-anakku berterusan sehingga fajar menyinsing.
Jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan hal itu semata-mata kerana mencari Wajah-Mu, maka berilah kami satu bukaan untuk melihat langit (dari dalam gua tersebut).”
Maka Allah memberikan bukaan pada batu tersebut sehingga mereka dapat melihat langit.[1]
Demikianlah besarnya nilai amalan berbuat baik kepada ibubapa sehingga ia menjadi satu amalan yang dapat membantu seorang anak ketika dia ditimpa musibah. Selain itu terdapat dua pengajaran tambahan dalam hadis di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan