Seorang lelaki India yang telah diumumkan meninggal dunia telah mengejutkan kakitangan hospital apabila bangun ketika autopsi dijalankan ke atasnya.
Para doktor melakukan bedah mayat ke atas Manas Deo pada hari Isnin selepas dia dilanggar kereta, laporan akhbar Orissa Sambad.
Deo telah mengalami luka parah pada hari Krismas lalu dirempuh oleh sebuah kenderaan berhampiran perkampungan Baragadia, Jajpur di pantai timur India.
Polis telah menghantarnya ke hospital tempatan di mana doktor menyatakan dia telah mati. Walaubagaimana pun sangkaan dokotor itu meleset sama sekali.
"Ini adalah kejutan bagi kakitangan hospital dan ahli keluarga selepas Manas terbangun ketika para doktor memulakan autopsi," akhbar itu melaporkan.
Setelah bangun, Deo dibawa ke hospital di bandar berdekatan Cuttack untuk rawatan. Dia ketika ini sudah pulih dan dilaporkan akan dibenarkan keluar dari hospital dalam satu atau dua minggu. Ini bukan pertama kalinya seseorang telah terbangun setelah dinyatakan meninggal.
Pada tahun 2007, seorang lelaki bernama Carlos Venezuela Camejo dibawa ke bilik mayat, juga terlibat dalam kemalangan kereta. Ketika doktor mulai memotong wajah mangsa, mereka terkejut melihat dia mulai berdarah dan cepat-cepat menjahit kembali luka itu.
Via - NY Daily News , 8 Januari 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan