03 Ogos, 2010
Malangnya umat Islam...
Paderi Terry Jones, penulis buku ‘Islam is of the evil‘ berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010.Tujuan hari dianjurkan The Dove World Outreach Center itu untuk memperingati mangsa kejadian 9/11 dan kononnya untuk menentang keganasan Islam.
Paderi sama dilaporkan menggesa semua penganut agama Kristian di Amerika Syarikat menghantar salinan Quran melalui internet untuk dibakar dalam jumlah banyak. Dia mendakwa, polis menghormati hak terbabit manakala pasukan bomba tidak menghadapi masalah berhubung rancangan melaksanakan tindakan itu.
Gereja sama turut menjual mug dan kemeja-t dicetak phrasa ‘Islam is of the evil’.
Berikut antara kenyataan dikeluarkan gereja terbabit.
“To expose Islam for what it is. It is a violent and oppressive religion that is trying to masquerade as a religion of peace, seeking to deceive our society”
Bersama kita saksikan perkembangan reaksi 1.5 billion penganut agama Islam di seluruh dunia.
Source: Bersama Mazidul
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan