23 September, 2010

Kiasan makrifat

Bagi memudahkan penerangan, maka kiasan ini terpaksa dibuat bagi melancarkan pemahaman, ia cuma sebagai analogi, bagaimanapun keadaan sebenarnya bukanlah begitu. Maka sebagai analogi bolehlah dikatakan bahawa Allah itu umpama kapas, dan ruh itu umpama benang, manakala hamba (manusia) itu umpama kain.

Jadi terdindingnya (terhijab) hamba daripada Allah, seperti kain tidak mengenal kapas, dan juga seperti benang tidak mengenal kapas.
Pertanyaannya apakah ada tempatnya (kemungkinan) kapas tidak di dalam kain, dan ia juga tidak juga di luar kain, tidak juga di kanan kain, juga tidak di kiri kain, tidak juga di atas kain tidak juga di bawah kain, tetapi mesra (esa) mulai dari awalnya. Sebenar-benarnya kain adalah melaluli kapas, kain dan benang hanya nama saja,..serupa tidak sebanding.

Dan di saat mana, ketika kita menyaksikan Allah, umpamanya semasa di dalam kandungan, atau semasa makrifatullah, atau di saat genting ketika mau berpulang ke Rahmatullah (meninggal dunia), jelaslah sekali jikalau kita sebelum ini tidak mengenal Allah, maka pastilah Dia tidak hadir (tidak dikenali) pada saat kematian itu,…maasya Allah.

(Dan jikalau ini berlaku kepada kita, maka kesudahannya kedudukan kita di akhirat nanti amatlah tidak baik.)

Barang sesuatu yang tidak dikenali (Allah), maka mustahil dapat diingati..atau disembah atau disaksikan.. berarti selama ini kita hanya beriman palsu belaka.
(Iman yang palsu tidak menjamin keselamat di dunia mahupun di akhirat, oleh itu berusahalah supaya iman kita adalah iman yang benar, iman yang benar-benar telah menyaksikan Dia (isbatul Yakin) di dunia ini, bahkan sebelum sakaratul maut).

Cuba fikirkan, mengapa tidak mengenal NYA, sedangkan Dia sifatnya Wujud, manakala manusia (adam) sifatnya tiada dan lemah (kosong).

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails