11 Oktober, 2010

Air menggelegak di dalam perut.

Dari Abbas bin Hisyam bin Muhammad al-Kufiy, dari ayahnya, dari datuknya, berkata, "Seorang lelaki bernama Zar'ah telah terlibat dalam satu komplot membunuh Saidina Husain. Zar'ah telah memanah tubuh Husain ketika cucu nabi itu sedang meminum air dari qirbahnya.
"Husain terperanjat lalu tercampak qirbah itu dari tangannya.
Husain yang betul-betul dahaga berasa kecewa dan marah. Dia menadah tangan dan berdoa kepada Allah supaya lelaki tersebut menerima balasan Allah.
"Pada suatu ketika, Zar'ah telah jatuh sakit. Dia menjerit kehausan dan kepanasan yang amat sangat di perutnya. Keluarga lelaki itu segera mengambil sebaldi air, tapi semua habis diminum oleh Zar'ah.
Setelah itu dia meminta lagi kerana masih terasa haus. Apabila diperiksa, didapati perutnya menggelegak seperti bunyi air yang mendidih di dalam periuk."
Apabila Zar'ah meninggal dunia, mayatnya sejuk, tetapi perutnya masih lagi panas.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails