19 Oktober, 2010
Buah Pinang
Nama saintifik bagi pinang ialah Areca Catechu. Dalam bahasa Hindi buah ini dipanggil supari dan pan-supari sebagai sirih pinang. Tetapi bahasa Malayalam dipanggil adakka atau adekka, Sri Lanka pula dikenali sebagai puvak, Thai sebagai mak dan masyarakat Cina memanggilnya dengan nama pin-lang.
Pokok ini membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar.
Buahnya boleh digunakan untuk perubatan. Pucuk Areca Catechu dan pucuk-pucuk dari Areca Borneensis dan Areca Triandra boleh dimakan. Pucuk Areca Hutchinsoniana digunakan sebagai penghapus parasit. Hampas pinang rebus pula diletakkan pada luka-luka.
Alkaloid dalam pinang termasuklah arekolin, arekaidin, arekain, guvacin, arekolidin, guvakolin, isoguvakolin dan kolin. Arekolin yang toksik, bertindak sebagai dadah nikotin ke atas sistem saraf. Ia menyebabkan sawan yang berakhir dengan lumpuh. Kematian adalah disebabkan oleh terhentinya pernafasan.
Arekolin adalah penghapus parasit dan cacing serta bertindak seperti asetil kolin. Pinang mengandungi lebih kurang 15% tanin merah dan 14% lemak. Tanin dalam pinang digunakan untuk merawat cirit-birit. Campuran pinang bersama bahan-bahan lain digunakan untuk kayap.
Buah pinang muda dikunyah dan airnya ditelan untuk mengubati darah dalam air kencing. Jus pinang muda digunakan sebagai ubat luar untuk rabun bila dititik pada kornea; ditelan untuk demam, histeria, disenteri (cirit berdarah) dan pirai.
Pinang muda dan benzoin disapukan pada luka berkhatan. Pinang yang dikunyah digunakan untuk sengatan sotong kereta. Abu pinang digunakan untuk mencuci gigi, tetapi jika terlalu banyak akan merosakkan gigi. Jus pucuk pinang dan Euphorbia Linta diberi tiga hari selepas bersalin.
Akar dan sabut pinang yang separuh reput digunakan untuk disenteri (cirit berdarah). Akar pinang juga digunakan untuk membanyakkan kencing dan mengubati sakit perut. Campuran daunnya digunakan untuk memandikan kanak-kanak yang cirit-birit. Serbuk daun pinang bersama daun Atalantia dan limau digunakan untuk sakit perut. Serbuk pinang boleh membuang cacing gelang dan cacing kerawit. Ekstrak pinang didapati menghasilkan barah bila diletak pada selaput lendir hamster.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan