24 Oktober, 2010

Mencari tuhan dalam diri atau bertuhankan diri?



Manusia dijadikan Allah sebaik2 kejadian dan sesempurna mungkin lahir batinnya. Berbeza dengan iblis, jin, haiwan mahu pun tumbuh-tumbuhan, manusia sanggup memikul amanah mentadbir bumi ini. Makhluk lain tidak sanggup, mereka lebih rela membuat kerja mereka saja- menjadi cermin kepada manusia. Haiwan, jin, iblis dan tumbuh-tumbuhan tidak ada yang boleh menyerupai manusia sebaliknya manusia bisa saja jadi haiwan, iblis, jin dan tumbuh-tumbuhan. Jin terpaksa masuk ke dalam tubuh manusia untuk menonjolkan dirinya akan tetapi jika manusi a itu sedar akan ketinggian martabatnya tiada satu makhluk pun bisa merosakkannya.
Ketika selesai Allah menyiapkan tubuh Adam, ditiupkan rohNya ke dalam Adam maka hiduplah Adam dengan gerak-bergerak kerana rohNya ada di dalam. Iblis tidak nampak roh Tuhan yang tersembunyi di dalam maka dengan angkuhnya dia tidak mahu sujud kepada Adam.
Maknanya ada juga ciri-ciri Tuhan dalam tubuh manusia sebab itulah adanya dosa "Syirik". Kita adakalanya berlagak menjadi Tuhan menentukan nasib orang lain dan kita juga kadangkala takut dengan manusia yang berlagak seperti Tuhan, maka itu tanpa disedari kita telah mensyirikkanNya.

"Awaluddin Makrifatullah"- Awal agama mengenal Allah maka disuruh mencari akan kita kepadaNya dan kita hanya dapat mencari Allah melalui "kesan" yang ditinggalkanNya. Barangsiapa mengenal dirinya dia kenal Tuhannya. Kerana "Aku lebih hampir dari urat merih kamu'.
Di mana Tuhan? Bilakah Tuhan berkata-kata kepada kita? Atau dapatkah kita berkomunikasi dengan Tuhan ketika RasulNya sudah wafat hampir 2000 tahun dulu?
Ya! Komunikasi untuk mengenal diri. Haiwan dijadikan Tuhan untuk menjadi cermin kepada manusia. Melihat ular terbayanglah sifat pembelit bohongnya, melihat anjing terbayanglah akan kecerdikan bermuka-muka.

Sebab itulah Firaun lebih teruk dari Iblis kerana mengaku Tuhan dan meminta manusia menyembahnya sedangkan Iblis tidak pernah mengakui dirinya Tuhan.
Disuruh kita mengenal akan Dia agar pulang nanti selamat bersatu dengan keabadian tanpa mencacatcelakan kesucian wujudiah

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails