Sumpahan bermula
berabad-abad lalu apabila rakyat Pagar Ruyung di Bukit Siguntang, Sumatera mencari
pengganti raja yang mangkat.
Yang menjadi masalah dua
putera almarhum telah lama meninggalkan negeri itu, seorang ke negeri China
dan seorang lagi pergi ke Rom dan anakanda ketiga almarhum pula adalah
seorang puteri yang di panggil PUTI.
Masa berlalu, raja-raja dilantik semuanya mati tidak serasi, melalui tukang
tilik, rakyat diberitahu bahawa cuma ada seorang sahaja yang sesuai dinobatkan
menjadi raja, iaitu anak anakanda kepada puteri, tapi masalahnya, anakanda puti
juga perempuan.
Lantas, rakyat bukit
siguntang mengelilingi rumah puti untuk mengambil anakandanya menjadi raja,
puti membantah namun tak diendahkan.
‘Kalau kamu berkehendak
juga, ada pantang larangnya; anak dan keturunan beta tidak boleh memijak
tanah, naik buaian dan menyentuh bunga sampai umurnya 13 purnama. KALAU INGKAR,
TUNGGULAH BALA DATANG MENIMPA. Juga bila raja kamu mangkat, hendaklah
tujuh orang menadah air mandian mayatnya, tujuh lagi melompat keluar dari
tingkap dan cacakkan tombak ditanah.
Rakyat semua bersetuju, lalu anakanda puti pun dijadikan raja.
Adat dan pantang larang terus dipatuhi sehinggalah warga bukit siguntang dan
darah daging puti yang berketurunan rawa berhijrah , termasuk ke semenanjung
tanah melayu.
"Kenalilah susur-galur nasab keturunan kamu, supaya membawa kepada
silaturahim” Menerusi Hadith:. Imam Tarmizi Ibnu Kathir vol 4, ms.218
Tiada ulasan:
Catat Ulasan