22 Oktober, 2011

Memahami..


Suatu ketika, tinggal sepasang suami isteri yang saling mencintai.

Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya.Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung selama sehari….

Si isteri berkata kepada suaminya, ‘bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya..’

Si suami setuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri menghidap kanser..

Keesokkan harinya si suami pulang kerumah….

Airmatanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis , ‘kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..’

Jangan mencintai seseorang setinggi langit kerana langit boleh runtuh

Jangan mencintai seseorang sedalam lautan kerana lautan boleh surut

Jangan mencintai seseorang sebesar dunia kerana dunia boleh hancur

Cukuplah mencintai seseorang sehujung kuku

Walau kecil, walau selalu di potong, ia akan tumbuh selalu…

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails