06 Disember, 2015

Sebuah Cerita

SYAHDAN BERMULA RIWAYAT KISAH DI SEBUAH NEGERI YANG DINAMAKAN NEGERI ANTAH BERANTAH, ADA SEORANG RAJA YANG BERNAMA TUANKU MAULA RAHMAN, BELIAU SEORANG RAJA YANG ADIL DAN BERHATI MULIA. BAGINDA TIDAK MEMPUNYAI ISTERI DAN JUGA ANAK. AL KISAH SUATU HARI BAGINDA MENITAHKAN SEORANG PATIH MENTERI UNTUK MENGADAP KE BALAI RONG SRI ISTANA. AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN, PATIK PATIH MENTERI DATANG MENGADAP, KATA PATIH MENTERI KEPADA SANG RAJA. WAHAI PATIH MENTERI, AKU PERINTAHKAN KEPADAMU AGAR MEMANGGIL SEORANG HAMBA RAKYAT YANG TINGGAL DI HUJUNG NEGERI KITA INI, SANG RAJA MENITAH.
AMPUN TUANKU !!! BOLEHKAH PATIK TAHU SIAPAKAH GERANGANNYA ITU? KATA PATIH MENTERI. NAMA NYA TIDAK LAH BETA KETAHUI AKAN TETAPI GELAR ORANG KEPADANYA ADALAH SI BONGKOK, “UJAR TUANKU”. SETELAH ITU PATIH MENTERI MEMOHON UNDUR DIRI UNTUK PERGI MENCARI SI BONGKOK YANG TINGGAL DI HUJUNG NEGERI ITU.
SETELAH SEKIAN LAMA SI PATIH MENTERI BERJALAN KINI TIBA LAH DI TEMPAT YANG DIMAKSUDKAN ITU, LALU IA MENCARI-CARI DIMANAKAH ORANG YANG DIMAKSUDKAN OLEH TUANKU ITU. SETELAH BEBERAPA MINIT IA MENCARI LALU TERNAMPAKLAH SATU KELIBAT MANUSIA YANG SEPERTI DI GAMBARKAN OLEH SANG RAJA TADI. ASSALAMUALAIKUM WAHAI TUAN HAMBA, PATIK INI PATIH MENTERI YANG DATANG UNTUK MEMBAWA TUAN HAMBA MENGADAP KE ISTANA UNTUK MENGADAP RAJA, “UJAR PATIH MENTERI”, WA’ALAIKUMSALAM WAHAI PATIH MENTERI, MAAF UNTUK APA TUANKU MEMANGGIL HAMBA KE ISTANA UNTUK MENGADAP “BICARA SI BONGKOK”? OH ITU SAYA KURANG PERIKSA KERANA INI ADALAH PERINTAH BAGINDA. BAIKLAH JIKA ITU PERINTAHNYA.
SETELAH LAMA BERJALAN MAKA TIBALAH MEREKA DI HADAPAN ISTANA RAJA, LALU MASUKLAH SI BONGKOK KE DALAM ISTANA UNTUK MENGADAP SANG RAJA. AMPUN BERIBU-RIBU AMPUN SEMBAH PATIK HARAP DI AMPUN, PATIK SI BONGKOK MASUK MENGADAP. APA KHABAR WAHAI SI BONGKOK ? KHABAR BAIK TUANKU YANG MULIA, “UJAR SI BONGKOK” TETAPI PATIK MASIH BINGUNG TUANKU, APAKAH SEBAB TUANKU MEMANGGIL PATIK YANG HINA INI MENGADAP TUANKU? WAHAI SI BONGKOK YANG BUDIMAN, TIADA LAH APA-APA SEBAB BETA MEMANGGIL TUAN HAMBA UNTUK MENGADAP, CUMA SEKADAR INGIN BERBICARA SAHAJA “SAHUT TUANKU”. JIKA BEGITU SENANGLAH HATI HAMBA INI MENDENGARNYA.
SETELAH LAMA IA BERBICARA KEDUANYA LALU TUANKU MENGATAKAN, WAHAI SI BONGKOK BOLEH KAH BETA MENGAJUKAN BEBERAPA SOALAN KEPADA TUAN HAMBA? SILAKANLAH TUANKU, JIKA PATIK TAHU AKAN JAWABNYA PASTI PATIK AKAN JAWAB DAN BEGITULAH SEBALIKNYA. LALU BERLAKULAH DIALOG ANTARA KEDUA-DUA ITU.
RAJA: WAHAI BONGKOK BOLEHKAH BETA BERTANYA TENTANG ALLAH?
BONGKOK: SILAKANLAH TUANKU.
RAJA: SIAPAKAH ALLAH ITU ?
BONGKOK: ALLAH ITU NAMA WAHAI TUANKU.
RAJA: JIKA IA NAMA KENAPA ORANG BERTUHANKAN IA, JIKA IA SEKADAR NAMA SAHAJA?
BONGKOK: MAAFKAN PATIK TUANKU, BAHAWA YANG DIKATAKAN ALLAH ITU ADALAH NAMA BAGI EMPUNYA TUAN NAMA YAKNI ZANYA. BAGI KITA INI DIALAH TUHAN.
RAJA: BAIKLAH, DARI MANA ASALNYA TUHAN ITU?
BONGKOK: ASALNYA TUHAN ITU TIADA PERMULAAN, TIADA KESUDAHAN, WAHAI TUANKU.
RAJA: BOLEHKAH ENGKAU BERI SATU CONTOH BUKTI UNTUK MENYAKINKAN TENTANG HAL INI WAHAI TUAN HAMBA?
BONGKOK: IN SHA ALLAH WAHAI TUANKU, WAHAI TUANKU UNTUK HAMBA BERIKAN CONTOH ITU DEMI MENYAKINKAN TUANKU TENTANG SOALAN TUANKU ITU, BOLEHKAH TUANKU BAGI TAHU KEPADA SAYA TENTANG APAKAH ANGKA TERAWAL DAN TERAKHIR DALAM HITUNGAN NOMBOR-NOMBOR YANG ADA?
RAJA: WAHAI TUAN HAMBA, TIDAKLAH BETA MAMPU MENJELASKAN TENTANG NOMBOR APAKAH YANG TERAWAL DAN YANG PENAMATNYA.
BONGKOK: WAHAI TUANKU ITULAH DALIL DAN CONTOH YANG MENYATAKAN BAHAWA TUHAN YANG BERNAMA ALLAH ITU TIDAK ADA PERMULAAN DAN KESUDAHANNYA.
RAJA: TERIMA KASIH WAHAI TUAN HAMBA. SETERUSNYA BAGAIMANAKAH CARANYA KITA UNTUK MENGENAL AKAN ALLAH ITU?
BONGKOK: KENALILAH DIRI KITA SENDIRI DAHULU, NESCAYA KITA DAPAT PULA MENGENAL ALLAH.
RAJA: SEPERTI APAKAH DIRI ITU YANG TUAN HAMBA MAKSUDKAN?
BONGKOK: DIRI ITU ADALAH SEPERTI BAYANG KEPADA EMPUNYA BAYANG, MAKA ITULAH YANG PERLU DIKENALI DAHULU.
RAJA: APAKAH DIRI ITU YANG DIKATAKAN ROH ATAU NYAWA ITU?
BONGKOK: YA BENAR TUANKU, ITULAH DIRI YANG MERUPAKAN DALIL UNTUK KITA MENGENALI SANG PENGCIPTA IAITU ALLAH.
RAJA: DARI MANAKAH ASALNYA DIRI ITU?
BONGKOK: ASALNYA DIRI ITU DARI NUR MUHAMMAD IAITU HAKIKAT AWAL PERMULAAN CIPTA.
RAJA: APAKAH YANG ADA PADA DIRI ITU?
BONGKOK: SESUNGGUHNYA PADA DIRI ITU TERKANDUNG AKAN DUA PULUH SIFAT KAMALAT, SIFAT KESEMPURNAAN AKAN ZAT TUHANNYA.
RAJA: WAHAI TUAN HAMBA, DAPATKAH ENGKAU NYATAKAN SEDIKIT CONTOH SIFAT-SIFAT KAMALAT YANG ADA PADA NYAWA ATAU DIRI INI?
BONGKOK: BOLEH TUANKU, SESUNGGUHNYA ANTARA SIFAT-SIFAT KAMALAT ITU ADALAH “ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODHAT, SAMA’, BASAR DAN KALAM” INILAH SUATU CONTOHNYA TUANKU.
RAJA: WAHAI BONGKOK YANG BUDIMAN, PETANG TELAH SUDAH KITA INI, MARILAH KITA KE LAPANGAN UNTUK MINUM DAN SANTAP APA-APA YANG DI SEDIAKAN. BETA MERASA BAHGIA DENGAN PERBUALAN KITA INI.
MAKA MEREKA BERDUA KELUAR BERSAMA KE LAPANGAN DI SANA ADA ANJUNG PERANGINAN YANG MENJADI TEMPAT SANG RAJA MENGAMBIL ANGIN PETANG. TERHIDANG SUDAH JUADAH SANTAPAN PETANG, MAKA SANG RAJA MENJEMPUT SI BONGKOK UNTUK DUDUK DAN SANTAP APA-APA YANG ADA ITU. WAHAI TUAN HAMBA SILAKAN SANTAP DAN MINUM AGAR HILANG LAPAR DAN DAHAGA MU “UJAR SANG RAJA”. TERIMA KASIH WAHAI TUANKU YANG BUDIMAN “SAHUT SI BONGKOK”.
SETELAH KEDUANYA MAKAN DAN MINUM DENGAN TENANGNYA MAKA SANG RAJA MEMINTA UNTUK BERTANYA LAGI BUAT SI BONGKOK, WAHAI BONGKOK BOLEHKAH BETA BERTANYA LAGI? YA BOLEH SILAKANLAH TUANKU BERTANYA, BARANG SEKADAR HAMBA TAHU.
RAJA: WAHAI TUAN HAMBA, APAKAH YANG DIKATAKAN KALIMAH TAUHID ITU?
BONGKOK: YANG DIKATAKAN KALIMAH TAUHID ITU ADALAH EMPAT KALIMAH JUA PADANYA IAITU “ LA ILAHA ILLA ALLAH” KALIMAH INILAH YANG DIKATAKAN KALIMAH TAUHID.
RAJA: APAKAH RAHSIA DI SEBALIK KALIMAH TAUHID ITU?
BONGKOK: ADALAH YANG TERBIT DARI KALIMAH TAUHID ITU EMPAT PERKARA IAITU ZAT, SIFAT, ASMA’ DAN AFA’AL INILAH YANG DI KHABARKAN OLEH GURU HAMBA WAHAI TUANKU.
RAJA: WAHAI TUAN HAMBA APAKAH YANG RAHSIA EMPAT PERKARA ITU PADA DIRI KITA INI?
BONGKOK: SESUNGGUHNYA KAITAN RAHSIA YANG EMPAT ITU DENGAN DIRI KITA INI ADALAH:
ZAT ITU JADI NYAWA BAGI KITA,
SIFAT ITU BUDI BAGI KITA,
ASMA’ ITU CITA-CITA BAGI KITA,
AFA’AL ITU RASA BAGI KITA.
RAJA: KHABARKAN KEPADA KU APAKAH YANG DINAMAKAN KALIMAH RASUL ITU?
BONGKOK: YANG DI NAMAKAN KALIMAH RASUL ITU ADALAH “MUHAMMAD RASULULLAH” INILAH KALIMAH RASUL WAHAI TUANKU.
RAJA: APAKAH MAKNA BAGI KALIMAH RASUL INI?
BONGKOK: YANG DI KATAKAN MAKNA BAGI KALIMAH RASUL INI ADALAH “MUHAMMAD ITU ADALAH KENYATAAN BAGI ZAT, RASUL ITU PERLAKUAN BAGI ZAT DAN ALLAH ITU NAMA BAGI ZAT”.
RAJA: WAHAI TUAN HAMBA, BOLEHKAH KHABARKAN KEPADAKU DI MANAKAH TUHAN ITU BERADA?
BONGKOK: TUANKU, APAKAH TUANKU SANGGUP MENDENGAR DAN RAHSIAKAN AKAN HAL INI?
RAJA: SANGGUP WAHAI TUAN HAMBA, BAIKLAH TOLONG KHABARKAN KEPADA BETA?
BONGKOK: SESUNGGUHNYA TUHAN ITU BERADA BERSAMA KITA WAHAI TUANKU DAN DIA ITU ADALAH NYAWA BAGI SETIAP YANG ADA INI.
RAJA: JADI NYAWA ITULAH DIA, BETULKAH WAHAI TUAN HAMBA?
BONGKOK: BENAR TUANKU, ITULAH DIA YANG DI CARI-CARI.
RAJA: APAKAH PRIHAL KITA PULA JIKA ITU ADALAH DIA?
BONGKOK: KITA INI HANYALAH BAYANGAN SAHAJA WAHAI TUANKU, YANG TIDAK MEMILIKI APA-APA, MELAINKAN KITA INILAH YANG DI MILIKI.
RAJA: WAHAI TUAN HAMBA TOLONG KHABARKAN KEPADA BETA TENTANG MUHAMMAD?
BONGKOK: ADALAH YANG DIKATAKAN MUHAMMAD ITU TUBUH HALUS BAGI BADAN, IANYA MERUPAKAN DIRI BAGI ROHULLAH.
RAJA: APAKAH KAITAN ANTARA MUHAMMAD DAN ALLAH?
BONGKOK: DAPATLAH DI KATAKAN BAHAWA MUHAMMAD ITU ADALAH PANAS DAN ALLAH ITU IBARAT API. DEKAT TIADA BERSENTUH DAN JAUH TIADA JARAKNYA.
RAJA: JADI YANG SEBENARNYA DIRI INILAH ADAKAH MUHAMMAD?
BONGKOK: BENAR,YANG DI KATAKAN DIRI ITU ADALAH MUHAMMAD YAKNI ROHULLAH DAN ROHULLAH ITU SIFATULLAH DAN SIFATULLAH ITU ADALAH TIADA LAIN DAN TIADA BUKAN MELAINKAN ZAT ALLAH JUA.
RAJA: JIKA BENAR KITA INI KENYATAAN ALLAH, ADAKAH PERINTAH IBADAH ITU WAJIB BAGI KITA?
BONGKOK: HAKIKAT SEGALA IBADAH ITU BUKANLAH TERTAKLUK KEPADA HUKUM, WAHAI TUANKU, AKAN TETAPI IBADAH YANG SEBENARNYA ADALAH “TIADA LAGI SANGKAAN HAMBA PADA PERBUATAN IBADAH ITU MELAINKAN PERBUATAN DARI ZAT ALLAH JUA.
RAJA: MANAKAH CONTOH IBADAH YANG HAKIKI?
BONGKOK: IBADAH YANG HAKIKI ADALAH, TUANKU SENTIASA MENJAGA KELUAR MASUKNYA NAFAS ITU, SERTA SENTIASA BERHAKIKAT BAHAWA TIADA SESUATU YANG ADA INI HANYA ALLAH SEMATA-MATA.
RAJA: JADI KITA SEMUA INI ADALAH ALLAH?
BONGKOK: BENAR, KITA SEMUA INI ADALAH BAHAGIAN DARI ALLAH YAKNI TAJALLI ASMA’-ASMA’ NYA. SESUNGGUHNYA HAKIKAT SEGALA YANG HIDUP ITU SEBENARNYA ALLAH. MAKA DI SEBALIK TUBUH INI ADA NYAWA MAKA NYAWA ITULAH SI HIDUP DAN SI HIDUP ITULAH AL-HAYATULLAH. HAYAT ITULAH SIFAT ALLAH DAN SIFAT ITULAH AKAN ZAT YANG BERDIRI PADA BADAN INI.
RAJA: WAHAI UAN HAMBA, INI ADALAH SOALAN YANG TERAKHIR BAGIKU UNTUKMU?
BONGKOK: APA DIA TUANKU?
RAJA: APAKAH PERBEZAAN ANTARA RAJA DAN HAMBA?
BONGKOK: PERBEZAAN NYA ADALAH KEDUDUKKAN NYA. KERANA RAJA DAN HAMBA ITU IBARAT KERUSI YANG KITA DUDUK INI, JIKA KERUSI RAJA MAKA RAJALAH YANG DUDUK, TIDAK KIRA SIAPA YANG DUDUK, JIKA PATIK YANG DUDUK MAKA YANG DUDUK ITU PASTINYA RAJA,KERANA KERUSI ITU KHAS UNTUK SANG RAJA.
RAJA: BENAR WAHAI TUAN HAMBA, MALAH KINI ENGKAULAH SANG RAJA ITU, KERANA KERUSI ITU ADALAH KERUSI DI RAJA, SEDANG YANG BETA DUDUKI INI ADALAH KERUSI UNTUK PATIH MENTERI SAHAJA.
MAKA SANG RAJA BERPUAS HATI DENGAN SEGALA PERKHABARAN YANG DI TERIMA DARI SI BONGKOK ITU, WALAUPUN IANYA SEKADAR RINGKASAN TETAPI SUDAH CUKUP BAGINYA UNTUK JADIKAN IANYA SEBAGAI PANDUAN.
WAHAI SI BONGKOK, BETA UCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH PADAMU TENTANG HAL INI, SEMOGA BETA DAPAT MEMBAWA PENGETAHUAN INI DENGAN SELAMAT. WAHAI TUANKU, PATIK HANYA MENYAMPAIKAN APA YANG TUANKU BERTANYA SAHAJA, SEMOGA IANYA DAPAT MEMBAWA TUANKU KEPADA PENGENALAN YANG HAKIKI “UJAR SI BONGKOK”, TUANKU SEKIRANYA TIADA APA-APA LAGI YANG TUANKU INGIN BERTANYA HARAPNYA IZINKANLAH HAMBA PULANG KE RUMAH HAMBA, WAHAI BONGKOK, DENGAN SENANG HATI BETA IZINKAN, NAMUN DATANGLAH KE SINI JIKA ADA APA-APA YANG BETA BOLEH BANTU “UJAR SANG RAJA”, BAIKLAH TUANKU “JAWAB SI BONGKOK”
INILAH SUATU CERITA PERUMPAMAAN BAGI MEREKA YANG INGIN MEMIKIRKAN AKAN RAHSIA ILMU YANG TERKANDUNG DIDALAMNYA.SEMOGA PARA PEMBACA SEMUA DAPAT MENGAMBIL FAHAM AKAN KISAH YANG RINGKAS ITU.
MAKA DENGAN INI SAYA LAMPIRKAN SEBUAH RISALAH BUKU KETAUHIDAN YANG AKAN MEMBUAT ANDA MENGERTI AKAN HAKIKAT KETAUHIDAN ANDA TERHADAP TUHAN YANG MAHA ESA. MUNKIN SELAMA INI KITA TIDAK SEDAR DAN MUNKIN JUGA KURANG MENGERTI AKAN HAKIKAT TAUHID YANG SEBENAR.
TAUHID YANG SEBENAR AKAN MEMBAWA SESEORANG ITU FANA DAN TERUS MENUJU KEPADA BAQO BILLAH, SEHINGGA TIADA TERLIHAT BAGI SESEORANG ITU AKAN UJUD DIRINYA SENDIRI.
PELAJARILAH AKAN HAKIKAT TAUHID INI, SAYA BERHARAP KEPADA ANDA SEMUA DAPAT MENCAPAI KUALITI TAUHID YANG PALING BAIK DAN SEMPURNA HENDAKNYA DIMATA TUHAN.
WALAU APAPUN YANG AKAN ANDA PELAJARI NANTI PASTIKAN DAHULU ANDA BERSIFAT TERBUKA DAN BERJIWA MERDEKA.
Top of Form


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails