17 April, 2009

Ariffin Billah

Sabda Nabi:

نحن معاشر الأنبياء أمرنا أن نكلم الناس قدر عقولهم
Kami sekelian nabi2 disuruh berkata kepada manusia mengikut akal (penyaksian) mereka.
Pengertian ‘AMARA’ أَمَرَ : Telah di suruh, di tetap, di taqdir, di kaku, di azali, di perintah, di putus, di sihir, di tarik, di belenggu, di pasti, di mesti, di tajalli, di haqiqat, disyariat, di tariqat, dima’rifat, dijazam, di sesuai….. (tanpa dapat mengelak lagi)

Sabda Nabi:
أن من العلم كهيئة المكنون لا يعلمه إلا العالمون بالله
Sesungguhnya juzu’ dari ilmu itu seolah seperti satu keaadaan yang tersembunyi, tidak akan mengetahuinya kecuali ahli2 ilmu/ ahli2 yang faham/ a’rifin billah.
Pengertian ‘ARIF’ عَرَفَ : bersangatan fahamnya, tanpa diganggu gugat olih ilmu2 taqlid/ tiruan/ ilmu yang di ambil dari mengikut2 pendapat manusia. Ilmunya adalah kesendirian, tanpa mengistinbatkan/ mengaitkan ilmunya kepada ilmu yang dituntut/ ditimba/ di kaut melalui longkang2 pancaindera lima.

Al ‘ARIFFIN’ adalah ‘INSAN’ yang benar2 mengenal akan segala Zat, sifat, Asma’, Perbuatan Allah dalam penyaksiannya setiap saat pada ‘HAYAT’nya, dan ia faham (YAQIN), bahawa apa sahaja dilakukannya tidak ada ‘ KEMUNGKINAN SILAP’. Al ‘Arffin billah ini tidak memperdulikan perkataan manusia yang mengecam atau memujinya, kerana ilmunya adalah ‘KEDIRIAN’/ KESENDIRIAN nya, tidak menyangkut/ ternisbah lagi dengan ‘KEHADIRAN MANUSIA’. Ada atau ta’ ada munusia, tidak ada didalam ‘PENYAKSIAN’ nya secara ‘YAQIN’. Al ARIFFIN ialah seumpama orang yang telah menjadi ‘KAFIR’ di mata awam. ‘HAYATnya tidak terbelenggu dengan hukum2 kebiasaan.

Berkata Abu Hurairah:
قال نبى ما فضلكم أبو بكثرة الصيام ولا بكثرة صلاة ولكن بسر قرفي صدره
‘Berkata Nabi: “ Tiada melebihi akan kamu olih Abu Bakar dengan banyak puasa, dan bukan banyak solat, tetapi dengan ‘RAHSIA’ yang ‘ MENETAP’ didalam dadanya.

Ditegah menzahirkan rahsia2 kerana singkatnya faham2 manusia pada mengupasnya/ memahaminya, kerana kebanyakan manusia sibuk2 dengan ilmu2 yang bersifat keuntungan diri/ peribadi. Ilmu DUNIAWIYAH serta UKHROWIYAH, ILM AL ALAM AS SUFLA (juzu’2 ILMU CABANG2/ furuiyah TAUHID) adalah ilmu2 yang bersifat hijabiyah/ membelenggu fikriah insan dari memahami ‘RAHSIA’ ini.

Berkata Sahal At Tastury:
للعالم ثلاثة علوم يبناء لأهل الظاهروعلم باطن لا ينبغى إظهاره إلا لأهله وعلم هو بينه بين الله لا يظهره لأحد
Bagi orang ‘Alim itu itu tiga ilmu2: satu ilmu zahir, yang dibina/ diuntukan bagi orang yang ahli zahir/ syariat zahir, dan kedua ilmu batin/ rahsia, tiada harus menzahirkan nya, melainkan kepada ahlinya. Ketiga ilmu iaitu bagi antara ia dan antara ALLAH,, tiada harus menzahirkan kepada sesiapa jua.

Kata setengah ‘Ariffin:
إفشاء سرّ الرّبوبية كفر
Menyatakan ‘RAHSIA’ keTuhanan itu ‘KAFIR’.

Kata ‘Ariffin:
للرّبوبية سرّ لو أظهر لبطلت النبوة للنبوة سرّ لو كشف لبطل العلم وللعلماء سرّ لو أظهروه لبطلت الأحكم
Bagi keTuhanan itu ‘RAHSIA’ , jikalau dizahirkan nescaya batal lah nabi2/ Kenabian. Dan bagi keNabian itu ‘RAHSIA’, jika dibuka kan, nescaya batal lah ilmu. Bagi ahli2 ilmu itu rahsia, jikalau dizahirkan olih mereka2 ini , maka batal lah hukum2.

‘INSAN’ yang menggali ilmu2 ‘RAHSIA’ ini telah sampai kesatu puncak, dimana tiada lagi malaikat2, syaitan2, nabi2, tiada lagi ulama’2, tiada ugama2, tiada ma’rifat, tiada haqiqat, tiada syariat, tiada lagi hukum2. Dikatakan ‘TELAH KAFIR’ ia setelah fana’/ lenyap ia di’KUASAI’ olih ‘KESENDIRIAN/ TUNGGAL/ ESA’ zat, sifat2, nama2, perbuatan2 ALLAH.

Berkata Abu Hurairah:
حفظت من رسول الله وعائن من العلم فأما أحدهما فبينته والآخرلو بينته لقطع مني هذا الحلقوم
Telahku perolih dari Rasullullah dua bejana dari ilmu. Adapun satu dari dua ilmu itu aku nyatakan akan dia. Dan ilmu yang keduanya itu tiadaku nyatakan akan dia. Jikalau aku nyatakan nescaya disembelih orang akan khalqumku. Riwayat Bukhari.

Sabda Nabi;
تحدثوا الناس بما لم تصله عقولهم أ تردون أن يكذبوا الله ورسوله
Jangan kamu ajar manusia akan ilmu yang tiada sampai / faham akal mereka itu kepadanya. Adakah kamu kehendak bahawa diperdustakan akan Allah dan rasulNya?

Kata Zainal Abidin bin Hussain bin Ali:
إني لأكتم من علمي جواهره * كى لا يرى ذاك ذو جهل فيفتنا
Sesungguhnya aku sembunyikan dari ilmuku yang indah2, supaya tiada dilihat olih orang jahil maka memfitnah mereka.

Berkata Ali Karama llahu Wajhahu:
يا ربّ جوهرعلم لو أبوح به * لقيل لي أنت ممن يعبد الوثنا
ولإستحلّ رجال مسلمون دمي * يرون أقبح ما يأتونه حسنا
Hai Tuhan permata ilmu kiranya ku nyatakan dia *
Dituduh aku ‘engkau penyembah berhala’
Di halalkan orang2 muslim darahku *
Mereka menuduh aku kekejian, Apa yang mereka datangi dengan kebajikan.

Berkata Ibn Abbas:
الله الذى حلق سبع سموات ومن الأرض مثلهنّ يتنزل الأمر بينهن
Allah menjadikan tujuh lapis langit dan daripada bumi seumpamanya, maka turunlah hukumNya pada tiap2 lapisnya.
لو ذكرت تفسيرها لرجمتموني بالحجارة وفي رواية لقيل إني كافر
Jika aku nyatakan tafsirnya , nescaya aku direjam mereka dengan batu. Pada riwayat
Nescaya dikatakan aku ‘kafir’

الشريعة بلا حقيقة عاطلة * الحقيقة بلا شريعة باطلة
Syariat tanpa haqiqat itu ‘HAMPA’ *
Haqiqat tanpa syariat itu ‘BATAL’

Syariat yang batin itu dinamakan ‘HAQIQAT’
Syariat yang zahir itu dinamakan ‘FEQAH’
Barang siapa mengatakan haqiqat itu bersalahan dengan syariat, maka orang itu ‘KAFIR’
Haqiqat dan feqah adalah syariat2 Nabi.
HADRATUL AS SARIJ ialah 'ibarat daripada zat semata2, dengan tiada 'itibar' dari sifat2, asma', afaal. Dibangsakan/ dikategorikan dengan 'PUTUS dari ISYARAT2'
Yang dilihat/ didengar/ dirasa... olih pancaindera yang lima adalah isyarat2/ ilmu2/ hukum2/ hipothesis haiwan2 kepada haiwan belaka.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails