18 April, 2009

"Tanpa Ma'rifat"

Tersebut dalam ZABUR: ‘Siapakah yang terlebih zalim, dari orang yang beribadat/ berbakti kepadaKU, kerana syurga atau neraka? Jikalau tidaklah Aku cipta syurga dan neraka, apakah Aku tidak berhak untuk ditaa’ti?.

Nabi Isa berkata ‘Makhluk yang kamu takuti dan makhluk yang kamu harap’.

لا يكوننّ أحدكم كالأجير السّوء إن لم يعط أجرا لم يعمل ولا كالعبد السّوء إن لم يخف لم يعمل
Janganlah jadi dari kamu seperti orang keji yang diupah, kalau tanpa upah, nescaya ia tidak beramal. Jangan seperti hamba yang keji, jikalau tidak di takuti/ dikerah, nescaya ia tidak beramal.

Berakhlaklah dengan akhlak Allah. (AKHLAK AR RUBUBIYAH: budi pekerti keTuhanan).

Tidaklah maana mencari kedekatan/ faham kepada Allah itu dengan maqam, darjat2, martabat2, syurga, neraka, bidadari, wali, autad, nujba, ghouse,…ulama’2, syariat2, tariqat2, haqiqat2, ma'rifat2. Mencari kedekatan itu hanyalah memahami sifat2 kesempurnaan Allah, dengan kematangan intelektual.

وَيَسْئَلُوْنَكَ عَنِ الرّوْحِ ط قُلِ الرّوْحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّيْ الإسراء 85
Mereka bertanya kepada engkau tentang RUH, Katakan AR RUH adalah adalah urusan/ sifat kuasa zatiah keTuhanan. (URUSAN KETUHANANAN yang terkeluar dari batas fikir)

Dan jelaslah AR RUH adalah sifat Zat Allah yang sempurna.
Dan setiap yang hidup berunsur Ruh yang bersifat sempurna, dan AR RUH adalah sifat AKAL/ MINDA, maka yang demikian itu apakah kesilapan yang berlaku sekiranya difahami bahawa ‘HAYAT’ ini bersifat sempurna, dari ‘KESEMPURNAAN AR RUH ILLAHIYAT.

Diri Insan yang sifat ‘HAYAT’nya berunsur AR RUH yang maha sempurna ini, yang demikian adalah sempurna jua, pada ‘APA SAHAJA KELAKUAN’ nya. tanpa batasan keadaan.

*لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم
Telah kami cipta ‘INSAN’ pada sebaik pendirian.

ثم رددناه اسفل سافلين
Kemudian kami hantarkannya kepada sifat terendah keterendahan (KERANA ‘INSAN’ LUPA ASAL KEJADIANnya yang bersifat AR RUH yang sempurna).

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيْهِ مِنْ رُّوْحِيْ
Insan . dan Aku tiupi/Setelah Aku sempurnakan rupa/jasadmesrakan padanya RUHKU.

(jasad/tubuh manusia yang kaku, tanpa kuasa sekiranya tanpa AR RUH Illahiyat)

Setelah AR RUH keTuhanan mesra dijasad Insan maka Allah memerintahkan malaikat2 sujud kepada ADAM yang mesra dengan AR RUH, tetapi ‘IBLIS’ menyangkal sebab tidak memahami sifat AR RUH yang mesra pada tubuh ADAM.

Malaikat adalah sifat zatiah/ maa’ni Allah yang mengerti bahawa AR RUH/ KUASA Allah yang sebenarnya berkuasa melihat, mendengar. berkehendak, berkuasa, berkata2…pada haqiqatnya pada tubuh manusia.

Iblis adalah sifat zatiah hijabbiyah keTuhanan yang menghijab faham AR RUH yang mesra pada ‘Insan’.

Al HIJAB/ SIFAT QAHAR keTuhanan yang mengaburkan bahawa JASAD adalah juga sifat zatiah Illahiyat, yang hanya dapat disaksikan di ALAM ALQUDDUS.

( Keseluruhan jamadat/ benda beku, bentuk, warna-warni… duniawiyah, yang dapat di saksikan olih mata biologi/ mata zahiriyah, bukannya bersifat jisim atau jirim. ‘Kesemua’nya bersifat zatiah yang lenyap infiniti tanpa qias)

Difahamkan apa yang dilihat olih mata biologi, telinga biologi, perasaan biologi ialah semata2 zat lenyap, bukan ada jasad, rupa, bentuk, sifat, wana-warni, kecil besar, bergerak….(PENGERTIAN INI PERLU DIFAHAMKAN BETUL2, KERANA TERSANGATLAH DALAM FAHAMAN nya)

Sekiranya dah faham betul2, maka kelu lidah, buta mata, pekak telinga seolah2 orang yang tidur nyenyak. Orang yang 'duduk' dimaqam muntaha ini seolah2 diam tanpa isyarat2 lagi.

إِنَّ جَعَلْنَاكَ خَلِيْفَةً فِيْ الأَرْضِ سورة ص آية 26
Sesungguhnya kami jadikan engkau (INSAN) KHALIFAH (bayangan Allah) di ‘muka bumi’ (MINDA FIKIRAN).

Maka jadilah ADAM khalifah mengikut kesesuaian fungsi ilmu, hayat, qudrat, irodat keTuhanan, yang besesuaian dengan namaNYA.

إنّ الله خلق آدم على صورته الحديث
Bahawa Allah mencipta Adam/ jasad insan atas bentuk/ sifat Allah.

Kecelaruan minda/ alqahar / kabur persepsi menyangka bahawa tubuh insan berbentuk, bertangan, berkepala, berkaki, berambut…seperti yang dilihat olih mata biologi.

Lalu persepsi ini menetapkan bahawa Allah itu bersifat JASADIYAH, tanpa mengerti yang dilihat olih mata biologi itu bukannya bersifat jirim atau jisim. Di sini Insan ‘AKALIYAH’ perlu memahami, bahawa TUBUH/ JASAD ( AT TAJASSUD- seolah2 ada jasad diluar daerah batas fikiran) hanyalah gelombang/ fantasi/ khayalan perasaan/ AR RUH semata2, bukanya bersifat realiti/JIRIM dan JISIM seperti yang ditipu/ dibohongi olih mata biologi.

Bahkan KESELURUHAN yang dilihat olih mata biologi, telinga biologi, tangan…..pada haqiqatnya tidak berbentuk, bersifat, berwana, bertubuh, bergerak. KESEMUAnya hanyalah ZAT PERASAAN sahaja.

Kebanyakan AWAM/ KEBIASAAN FIKIR di FAKIRkan/ dipendekan fahaman/ kabur persepsi fahaman ‘TAUHID’ mereka kepada:

At Tasyabuh : PENYERUPAAN dengan TUHAN.

At Ittihad: BERSATU dengan TUHAN ( wahdatul ujud)

Al Hullul: TUHAN bertempat pada JASAD INSAN.

Unkapan2 bersifat satah/ mabuk/ melatah terhambur :

Dia itu TUHAN. (HUA, HUA)

Aku adalah TUHAN, Tuhan adalah AKU.

Aku adalah TUHAN ( Ana Al-HAQ).

Manusia itu berbaju keTuhanan.

Adalah ‘INSAN’ yang tersingkap/ Kematangan inteklektual/ kefahaman al- Muntaha, kepada ‘KEMUSTAHILAN’ At Tasyabbuh (KESERUPAAN), At Ittihad (BERSATU), Al Hullul (BERTEMPAT)…dan terang/jelas bagi ‘INSAN’ ini, bahawa mustahil TUHAN bersifat sedemikian… Tuhan tanpa dapat diqiaskan, kerana ujud Tuhan adalah KESENDIRIAN, tidak ada yang mampu menyifatkan TUHAN, kerana tiada sesuatu ujud berserta Allah.

سبحان الله عن ما يصفون
Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan/ definasikan. (Gulungan2 yang memahami konsep ini adalah sangatlah sedikit sekali. Kelompok Al Muntaha tanpa MA’RIFAH)

Martabat sampai/ KEFAHAMAN jitu ialah konsep ilmiah yang berteraskan ‘TAUHID MONISMA’, iaitu ujud KeTuhanan yang bersifat kamalat/ sempurna KESENDIRIAN Nya/ Tunggal/ Esa, ‘KESENTIASAAN’ halNya bersifat ZATIAH, bukan berjirim dan berjisim, benama, bersifat, berwarna……
Sekiranya demikian, apakah yang hendak dikaji dan dicari lagi? 'PUTUS MA'RIFAT' !!!!!!!!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails