22 April, 2009

Bicara 1

Tidak akan ‘SELAMAT’ dari ‘SYAITAN’ , selain ‘INSAN’ yang ‘HALUS’ pandangannya.

‘PANDANGAN’ yang menjurus kepada ‘PENYAKSIAN MUNTAHA’/ KESEDARAN TOTAL. Dan ‘BERBAHGIA’ lah Ia dengan pemeliharaan ALLAH, dengan TAUFIQ dan HIDAYAT NYA.

إن الله يحبّ البصر النّاقد عند ورود الشُّبُهات
Sesungguhnya Allah menyukai penglihatan yang mengecam ketika datangnya hal2 yang syubahat (yang meragukan).

إيّاكم والظّّنّ فإنّ الظّنّ أكذب الحديث
Jagalah diri kamu dari sangkaan/ khayalan/ fantasi , sesungguhnya sangkaan itu cerita yang terbohong : Dirawikan Al Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

ولا تَقْفُ ما ليس لك به عِلْمٌ سورة الإسراء آية 36
Dan janganlah kamu turut/ikut/taqlid/tiru apa yang tidak kamu ketahui/ alami. (Ilmu yang didikte/diulang2 dari mulut/kemulut)

اللهمّ إنّي أعوذ بك أن أقولَ في الدّين بغير عِلمٍ
Ya Allah , ya Tuhanku ! aku berlindung denganMU , bahawa aku berkata mengenai ugama, dengan tanpa ilmu. ( ilmu yang ditiru/ taqlid/ ikut2an tanpa dialami sendiri adalah dikira tanpa ilmu: Iman Ahmad, abang kepada Alghazali mengajar tentang bab haid, yang mana seorang lelaki tidak mengalami haid, maka demikian dikatakan beliau ‘tanpa ilmu’)

Adapun pengertian AS SYAITAN ITU ialah sifat QAHAR ALLAH yang menghijab pandangan ‘INSAN’ kepada ujud ZAT MUTLAQ/ ZAT AL MAHIS atau ZAT yang berdiri dengan sendirinya , tanpa makhluk disisiNYA, walaupun dari malaikat, nabi…Ungkapan Malaikat, Nabi… hanyalah juzu’2 sifat zatiah AL QAHARIYAH Illahiyat.

Jadilah ‘INSAN ‘ ini orang yang tiada bagi dirinya kemampuan. Jikalau ‘TUAN’nya bergerak, nescaya ia bergerak. Jikalau ‘TUAN’nya ‘diam’ , nescaya ia diam.

لا تتحرك ذرة إلا بإذن الله
Tidak bergerak satu zarrah melainkan dengan izin Allah.

Tidak bergerak sesuatu ujud pada zahiriyah kecuali kecelaruan minda., kerana tiada ada sesuatu ujud disisi Allah.

Kalau terbuka rahsia (Kasyaf/ lantas)
Maka tiada baginya,
Keutamaan dalam usaha,
Kecuali penat dan payah saja.

Maka sayugialah ‘INSAN’ mencari dirinya pada semua detik hayatnya.
SELAMAT MENGKAJI DAN MENELITI.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails