Hanya KESEDARAN TOTAL/ HAQIQI/ KEMATANGAN INTELEKTUAL (TAUHID ZAT) sahaja yang dapat menyelesaikan kekalutan ‘INSAN’
KESEDARAN TOTAL/ HAQIQI ialah penyaksian secara ZUQIAH/rasa, dikala mana ‘INSAN’ benar2 menyaksikan, bahawa keseluruhan yang difikirkan, di dengar, di lihat, di rasa, diperkatakan dari bentuk, tubuh,, sifat, warna warni, gerak, diam…… sifat2 Qudrat/ kemampuan, Irodat/ kehendak., Ilmu/ pemahaman, Hayat/ hidup, Sama’/ pendengaran. Basir/ penglihatan, Kalam/ berkata2 hanyalah semata2 bersifat zat, bukannya jisim atau jirim. Ini hanya dapat di saksikan fenomenanya, sekiranya diperakui bahawa keseluruhan pencapaian/ pengalaman deria2 lima hanyalah gelombang otak/minda/ AlQUDDUS semata2 (FANTASI/ ILUSI biologi). bukan nya ujud realiti.
Setelah 'INSAN' ini faham serta menyaksikan secara ZUQI ZATIAH/ merasai /menyaksikan benar2 (YAQIN), bahawa ujud keseluruhannya hanyalah semata2 zat minda/gelombang perasaan semata2
Maka sesungguhnya tidaklah 'ADA' sesuatu yang disaksikan sekali2.
Dan INSAN INI telah menjangkau ilmiah yang mengatasi segala2 cabang ilmu, sehingga ia tidak berkehendakan menuntut atau mencari ilmu lagi. Pencapaiannya telah terhenti kepada satu titik NOKTAH (SIRAT AL MUNTAHA). Segala cabang ilmu2 yang 'ADA' di bawah pemahaman ini adalah sebahgian dari ilmu juzu' khayalan semata2. Inilah yang dinamakan TAUHID ZAT.
Dan INSAN INI telah menjangkau satu penyaksian ketenangan yang tidak memerlukan qias2, syarat, gambaran dari guru2, nabi2, malaikat2, kitab2.....(KESAKSIAN UJUD ZAT MUTLAQ, tanpa serta sesuatu disisi ZAT ini). Jesteru itu telah terhapus/ lenyap KESELURUHAN bentuk2 ilmu yang di tuntutnya, 'seolah ia seumpama bayi yang dilahirkan kali kedua'. (SUCI dari khayalan2)
Tiada perlu hasad dan dengki kerana 'tiada dunia dan isi2nya'
Tiada tama' dan haloba kerana tiada yang hendak di tama' dan di halobakan......
Tiada ujud manusia2 yang na' dipuji, diumpat, dihina.
Ujud/ ‘RASA ADA’ adalah kerana di’ADA’kan atau di ‘FUNGSI’kan otak/ minda/ perasaan olih AR RUH. Sekiranya sifat AR RUH ini tiada, maka tidak ada kemungkinan ‘ADA’ ujud2.
(a) Ada Insan yang menggunakan mata biologi untuk melihat.
(b) Ada Insan yang menggunakan mata otaknya untuk melihat dan memahami, Dengan tiadanya otak/ minda , maka tiada kemungkinan mata biologi mampu melihat.
(c) Ada Insan yang menggunakan mata AR RUH, untuk melihat dan memahami. Kerana kalaulah Insan itu tidak bersifat ‘HAYAT’ bagaimana ‘OTAK serta Mata biologi’ berfungsi?
(d) Ada Insan yang menggunakan mata KeTuhanan untuk melihat dan memahami, kerana kalau tanpa ZAT Tuhan, bagaimana AR RUH, Otak, mata biologi mampu melihat? (TAUHID ZAT)
SIFAT INSAN terbina diatas 'bagaimana' ia menjuruskankan pandangannya serta fahamannya didataran 'KESAKSIAN'nya.
SELAMAT MENGKAJI DAN MENELITI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan