24 April, 2009

Juzuk Khayalan

Al-ALAM AL-GHAIBI WAL-MALAKUT tidak di lihat dengan mata zahiriah (mata biologi). Mata biologi hanya terhad kepada melihat bentuk2, warna warni yang beragam2.

(Umpamanya : mata biologi mampu melihat bulan itu kecil dari bumi tetapi mata akal/hati yang megkaji diameter bulan ialah 3476 km , diameter bumi ialah 12756.3 km dan jauhnya dari bumi, dari pusat bulan kepusat bumi ialah 384,400km.).

Dan disini diketahui bagaimana mata zahir telah tertipu, dan mata biologi cuba menipu akal yang tidak terbuka kepada penyaksian ilmu kaji bintang.

Mata biologi cuba menipu matahati/akal, ujud itu beragam2, berwarna warni, berbentuk2…seolah2 segala ujud ada diluar batas minda. (Umpamanya: ujud jasad Insan itu seolah ada diluar minda, tetapi keseluruhannya anggota2 tuboh: kepala, rambut, mata, tangan kaki, hidung, jari….dan lain2nya , hanya ujud pada akal/otak/minda. Bahkan keseluruhan ujud hanya ada pada minda. Keseluruhan pergerakan ujud hanya tergambar di daerah minda sahaja. Tidak ada keberangkalian ujud terkeluar dari batas minda. Bahkan matahari, bulan, bintang2 hanya terbit di minda.

Disini kelihatan keanihan ‘KEJADIAN’ kepada yang berfikir kerana ‘DIFIKIRKAN’ olih yang Maha Pemikir. Minda hanyalah satu wadah (satu bidang layar putih) setelah tercoret dengan aksi2 ketuhanan, maka baharulah diungkapkan ‘BERFIKIR’.

YANG PALING JELAS , maka tidak akan ada sesuatu yang dapat dialami ‘ADA’ kalau tanpa diujudkan ‘MINDA’/ ‘AKAL’/ LOH PAPARAN UJUD’ olih Si MAHA PEMIKIR.

كما أن الإنسان من حيث هو إنسان قد يحمل عليه الحيوان

Sebagaimana adalah 'Insan' itu tatkala DWInamai 'Insan' setelah ditanggong keatasnya gharizah haiwan

BERFIKIR dikategorikan: (YANG JELASNYA telah di ‘TETAPkan’ falak pemikirannya oleh Yang MAHA PENGATUR segala ‘FIKIR2’)

Minda ini ‘berfikir’ bahawa ‘setiap ujud’ kelihatan ada diluar batasnya, setelah ia seolah2 tertipu olih derianya yang lima. (PENGALAMAN TANPA SEDAR/unconscious)

Ada pun tafsiran ujud pancaindera yang lima, yang ‘kemungkinan’ lemahnya berjisim/ berbentuk legap/ alkasyif. Ujud sesungguhnya bukan JISIM dan bukan juga JIRIM.

Minda ini ‘berfikir’ bahawa ‘setiap ujud’ hanyalah gambaran/ image / bayangan yang terfantasi ada pada batas minda sahaja, dan ‘tidak ada kemungkinan ada diluar minda’, setelah ia seolah2 tertipu olih bayang2 ujud olih pacainderanya yang lima.atau longkang sampah ilmu. (SEPARA SEDAR/Sub-concious)> Tubuh/jasad 'Insan' pada haqiqatnya, hanya ujud didalam daerah minda/akal semata2.

فلا تغرنّكم الحيوة الدّنيا ولا يغرنّكم بالله الغرور-الفاطر – اية 5

Maka janganlah kamu tertipu olih kehidupan dunia/khayalan, dan janganlah kamu tertipu dengan ‘TIPUAN’/ sifat QAHAR Allah (Tertipu dengan ujud yang pasti ketiadaannya

Minda ‘berfikir’ bahawa ujud hanyalah gurisan2/gelombang2/impulses minda , tanpa gambaran walau sezarah dari ujud. (PRA SEDAR/ Pra-Concious)

*هل أتى على الإنسان حين من الدّر لم يكن شيئا مذكورا*-الدهر آية 1 -ertinya Apakah telah datang keatas manusia, ketika dari masa, tidak pernah ada perasaan kepada sesuatu yang diingat.

Minda hanya berfikir bahawa ujud hanyalah semata2 zat keTuhanan, tanpa perbezaan, tanpa berpihak2. ( SEDAR/Concious)

Minda adalah ‘Tuhan yang berfikir’ (Total Concious)

Mata biologi/zahir cuba merakamkan gambar2 ujud di persada minda , tetapi mata akal tetap menolaknya. Keseluruhan penyaksian adalah juzu' KHURAFAT/MIMPI 'hayat'

Persepsi biologi cuba menipu akal dengan rasa ujud yang bemacam ragam2 : dari bunyi2, rasa2 enak..gambar2an..pergerakan.

Satu dari kecelaruan minda ialah seolah tubuh ‘Insan itu bergerak’, berobah tempat dari masa kesemasa. Walhal pada haqiqatnya tubuh ‘Insan’ tidak pernah bergerak sekali. ‘PERGERAKAN’ hanya sekadar ilusi sahaja.

Hipothesis biologi dan sosiologi kemaknusian hanyalah bentuk pengeliruan/ tipuan2/ khayalan kepada minda, yang sentiasa berkeadaan jernih/suci /tenang.

Tidak tergambar/terkhayal pada minda, bahawa ‘HAYAT’ adalah fantasi ‘ALAM GHAIB’ semata2

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails