25 April, 2009

Penyaksian Haqiqi

وما الحيوة الدّنيا إلا متاع الغرور سورةالحديد آية 20
Tidaklah hidup didunia itu kecuali 'kesenangan tipuan semata'

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا
Ketahuilah olih kamu2 , bahawa kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan bermegah2 antara sesama kamu, berlomba banyak kekayaan dan anak2, perumpamaannya bagaikan hujan, yang mena'jubkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudian ia menjadi hancur.
Penyaksian/Musyahadah kepada Tajalli/ Penampakan ialah Mimpi/Ru’yah/Ilusi/majaz/tipuan

Ma’rifah yang HAQIQI? sempurna ialah tanpa khayal, tanpa berbentuk, rupa, bersifat
Penyaksian ini hanya dapat disaksikan secara yaqin dipesada alam QUDDUS/MINDA

لن تراني سورة الأعراف آية 143
Engkau tidak akan dapat melihat AKU (MA'RIFAT YANG SEMPURNA)

لا تُدْركه ِالأبصار سورة الأنعام آية 103
Tidak akan dapat dicapai olih penglihatan kepadaNYA

Dan yang sahihnya , bahawa Nabi S.A.W tidak melihat Allah Ta’ala pada malam Mi’raj nya.
Tersebut dalam ‘Sahih Al Bukhari dan ‘Sahih Muslim’ bahawa Aisyah R.A berkata “Siapa yang mengatakan kepadamu , bahawa Muhammad melihat TUHAN’nya, maka itu bohong”

Setiap sesorang yang tidak mengenal Allah didunia (kenal kepada topeng2 diriNya), maka ia tidak akan mengenal Allah diAkhirat (kerana telah binasa/lenyap rupa diriNya)
Di 'HARI' Insan meninggalkan kekasih2 (DUNIAWIYAH) dan memutuskan keseluruhan sebab2 (Topeng KeTuhanan)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails