Nyawa/ Ruh/ KeTuhanan/ Perasaan/ Akal, Yang kekal ujudnya, Esa. Yang, memperolihkan/mendatangkan pengetahuan ( Kepedihan, kegembiraan, segala perasaan).
KeMATIan ialah apabila Nyawa/Ruh/KeTuhanan ini memutuskan/berkehendak/menetapkan kepada penghapusan ujud ilmu khayalan, kecuali ujud diriNya semata2.
Nyawa/Ruh/KeTuhanan itu tetap kekal tanpa jasad. Ruh/Nyawa/zatNya Insan adalah tunggal/ Esa bagi keseluruhan ujud. Bukannya Ia berbilang2. Mati dan hidup bahasa keseolahan zat, kerana “ tiada yang hidup atau yang mati” . Ia hanya perobahan keaadaan sahaja. Hidup dan mati adalah 'qudrah' dan 'irodat Ilahiyat' , yang mana keduanya adalah sebutan bagi Zat. Bahkan sebutan2 adalah zat semata2.
'MATI' ertinya berobahnya perasaan Insan kepada seolah2 ketiadaannya perasaan tentang ujud segala.
Nyawa/Roh/KeTuhanan itu mengetahui segala sesuatu tanpa Alat2. 'MATI' ertinya tatkala Nyawa/Ruh/KeTuhanan itu tidak menggengam dengan tangan, tidak mendengar dengan telinga, tidak melihat dengan mata, kecuali hanya degan zatNya semata2.
'MATI' ertinya Nyawa/Ruh/KeTuhanan merasai/mengetahui tanpa menyangkut dengan tubuh2.
'MATI' ertinya Nyawa/Ruh/KeTuhanan itu menjadi kosong dengan matinya/tiada perasaan ( Kehilangan Perasaan ada ujudnya tubuh2 ).
'MATI' ertinya hilang/lenyap pendengaran, penglihatan dan anggota badannya. (Hilang perasaan pada ujud diri). Dikala tidak adanya “ Ini aku punya, itu engkau punya”
'MATI' ertinya kelumpuhan/kehilangan rasa yang mutlaq/sempurna/keseluruhan pada anggota2 badan.
Nyawa/Ruh/KeTuhanan/Insan meMATIkan/menghilangkan/menghapuskan dari diriNya alat2 permainanNya , PerasaanNya,
'MATI' ertinya direbut/dihapuskan/dilupakan/di tiadakan dari Nyawa/Ruh/ KeTuhanan itu mataNya, telingaNya , lisanNya, tanganNya, kakiNya, dan semua anggota badanNya. Direbut/dihilangkan dari Nyawa/ Ruh/ KeTuhanan/ Insan/ 'tanpa atau tiada lagi' ungkapan/ perkataan/sebutan/ rasa ujud isteriNya, anakNya, keluargaNya dan kenalan2Nya.
'MATI' ertinya direbut/ditiadakan daripadaNya keretanya, binatang2 ternakNya rumah2Nya, harta2Nya tanah ladangNya. Atau tiada bezanya jika dikatakan dihapus dari minda segala gurisan2 , sehingga sempurna kosongNya.
'MATI' ertinya yang menyakitkan, berberpisah dari gurisan2 perasaan. Maka adalah semua perasaan2 itu (tidak terkecuali walaupun kegembiraan ) ‘ibarat, bagi seksaan neraka jahanam. (penjara)
'MATI' ertinya direbut/dibatalkan perasaan2 kerana tiada kesesuaian lagi pada alam/perasaan ini agar Ruh/Nyawa/KeTuhanan/Insan kembali kepada ingatan bahawa Yang wajib ujud adalah Zat KeTuhanan semata2
'MATI' ertinya tersingkap/lantas apa yang patut bagi Ruh/Nyawa/KeTuhanan/ Insan tatkala dihilangkan perasaan2 tentang khayalan .
'MATI' ertinya tidak ada lagi perasaan 'DUNIAWIYAH' bagi Nyawa/Ruh/KeTuhanan/Insan.
‘Nyawa/Ruh itu urusan ketuhanan , maka tiada seorang pun dari nabi2, ulama’ ugama atau cerdik pandai yang mampu menyingkap rahsia Nyawa , walaupun ia menjenguk kepadanya’
Ulama’ yang pintar dan ahli hikmah yang paling ahli, tersingkap baginya sesudah 'MATI' yang sekali2 tiada terguris diakalnya dan tiada tergerak dengan demikian itu , kerana tidak mengambil ‘itibar dari ujud khayalan.
'MATI' ertinya:
يوم تبدّل الارض غير الارض والسّموات* سورة ابراهيم الاية4 *Pada hari bumi diganti tanpa bumi dan langit . (Otak/ Akal/ Ruh/ Nyawa/ KeTuhanan) . Dan hilanglah pohon2nya, gunung2nya, lembah2nya, dan apa yang ada diantara bumi dan langit. Hilanglah bintang2nya, mataharinya, bulannya.Tidak ada padanya dengki mendengki, tidak ada pertumpahan darah, peperangan, tidak ada perbezaan, tidak ada nabi2, malaikat, manusia atau iblis .
'MATI' ertinya hilanglah cahaya matahari. Tatkala itu matahari mampu diterbit dari barat dan peperangan bolih dihentikan tanpa berkedip mata. Dan manusia melangkahi bumi tanpa melangkah. Dimana Siratul Mustaqim bolih dipanjangkan atau dipendekan……..
'MATI' ertinya kembalikan pemerhatian kepada Otak/Luh Mahfuz/ Arash dimana pada fitrahnya/asalnya tiada apa2 ujud padanya. Terguris padanya ilmu2/mimpi2 bentuk2 ujud padanya yang mana pada penyaksian, secara pastinya, tidak ada apa2 pun ujud. Mimpi2 ujud ini adalah kesan dari kehendak2 diri. Dan sangatlah ringannya sekiranya ia kosong dari gurisan2/mimpi2.
'MATI' ertinya 'tidak mempercayai' adanya nabi2, malaikat2, ulama’, mati, hidup, pahala, syurga, tubuh2, warna, kata2, alquran, hadis, wali2, ilmu dan setiap zarah yang dirasakan ujud, adalah mimpi dalam mimpi atau khayalan ngeri dibawah ujud Qahar/Tutup ilmu/Tipudaya ketuhanan semata2. Tiada Serta KeTuhanan sesuatu jua. Setiap yang dirasakan ujud adalah bersangatan lemahnya, dan tidak patut dikatakan lemahnya kerana ketiadaan haqiqatnya.
'MATI" ertinya Ujud segala adalah 'tiada', jika tidak disentuh/ dihubungkan dengan Ruh/ akal/nyawa/kuasa/ ZatNya/ KeTuhanan itu sendiri.
'MATI' ertinya Otak adalah kubur bagi ujud diri2' dimana padanya ujud2 segala bentuk 'ghaib/lenyap', yang sangat bersesuaian dengan tabiat minda itu sendiri.
Bentuk pokok Getah yang ujud pada otak umpamanya. Bukanlah pokok getah itu tujuan asalnya. Tujuan asalnya ialah apa yang akan diberi olih pokok getah itu,mungkin susunya. Bahkan tidak juga susunya yang dituju atau duit daripadanya atau barang yang dibeli daripada duitnya.
Yang dituju adalah zatnya yang dirasa dari prngertian bentuknya semata2…seperti zat makanan atau zat keseronokan yang didapati dari hasil pokok itu. Inilah tujuan KeTuhanan sebenar2nya, iaitu Zat Dirinya yang dimaksudkan. Sekiranya bukan ada tujuan maka tidaklah terguris pada khayalan.
Begitulah bentuk2 lain yang ujud pada pemikiran , yang mana masing2 mempunyai sifat/ma’nawiyah yang tersendiri. 'MATI' ertinya ketenangan, seperti tidur, maka tiadalah kemungkinan adanya gurisan2/ingatan. Bahkan terkuburlah segala2 bentuk pada keMATIan, secara serentak/sekali gus.
'MATI' ertinya berobah keaadaan sahaja, merobah/menyalinkan diri kepada pengertian ZatNya/Dirinya semata, bukannya hilang. Terkubur/ hilang/terhapus dari diriNya perasaan2 ujud gurisan/ sangkaan dusta/ majaz atau kembali kepada keadaan asal Zat semata2 Dikata sebelum martabat Tanazul Zat (Ahdiat) * أحدية * 'MATI' adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Ia adalah seumpama tiada apa “ Samad belum, kursy belum arasyh pun belum.” Tiada apa yang dapat disebut kerana tiadanya sifatnya. *هل أتى على الإنسان حين من الدّهر لم يكن شيئا مذكورا*-الدهر آية 1 -ertinya Apakah telah datang keatas manusia, ketika dari masa, tidak pernah ada perasaan kepada sesuatu yang diingat.
'MATI' adalah syurga yang dicari. 'MATI' adalah kesenangan Abadi.
'MATI' ertinya tidak akan dibangkitkan manusia , kerana 'MATI' adalah penghujung hayat. Tidak akan 'ADA' lagi nikmat2 dan azab diakhirat. Dan tidak ada apa2 lagi yang ada sesudah mati sesudah berakhirnya hayat. Yang ada Zat Ketuhanan mutlaq, yang wajib ujud sedirian.
'MATI' ertinya tidak terguris/berlaku/tergambar/berbentuk pada minda kecuali amal perbuatan pada anggota badan2/tubuh2 . Dan anggota badan itu telah batil/tiada setelah dihilangkan perasaan/'MATI'/tidur/berkecai otak. Maka hilanglah/batillah segala amal perbuatan kerana tidak disentuh olih kuasa/ruh/keTuhanan/minda.
Dan tidaklah ada kesudahan dengan keraguan dan keingkaran selepas mati. Apakah tidak jelas lagi bahawa mati itu tiada apa2 padanya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan