24 Mei, 2009

Cahaya-Nya

Nabi berkata:

Di tempat terbenam matahari (perasaan: tempat terkumpulnya segala ujud/ tempat tafakkur), adalah bumi yang putih, nur nya putih, ‘putih nurnya’. Seolah ’INSAN’ yang dicipta. Ia tiada berbuat ma’siat kepada Allah, walau sekelip mata

Para2 sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah, maka dimanakah syaitan2 si ‘INSAN ‘ ini?
Nabi menjawab: “ Si ‘INSAN’ ini tidak tahu ‘TELAH DIJADIKAN SYAITAN ATAU BELUM”.

Para2 sahabat bertanya lagi: ‘Dari anak Adam?’
Nabi menjawab: “Si ‘INSAN’ tidak tahu Telah dijadikan Adam atau belum”.

Maka adalah hari-hari insan ini dihabiskan bertaffakur dibilik mindanya.

Aku tenang dan tenteraman
Sebelum datang kepadaku
Yang ini
Perasaan yang memaksa.

Bahkan
Tiada tinggal bagiku
Kemampuan
Untuk menyalahinya

Manakala aku berangkat
Dari befikir
Aku tidak berpisah dari fikir
Kecuali fikir itu berangkat pergi

Adalah kertas
Tinta, pena
Dan tangan itu
Dari alam ‘PERASAAN’ ini.
Apabila manusia itu 'fakir'
ia mempunyai 'fikir'
pada apa sahaja, ia bersangka
memberinya 'pengajaran'.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails