08 Ogos, 2010

Tragedi


Seorang wanita dipercayai menikam mati tiga anaknya sebelum terjun dari beranda sebuah rumah, semalam.
Theresa Riggi yang berebut hak penjagaan tiga anak dengan bekas suaminya, Pasquale, terjun setinggi 40 kaki dari kediaman teres dua tingkat di Edinburgh. Sebelum ini, pihak polis mencari wanita itu yang dikatakan melarikan tiga anaknya, pasangan kembar lelaki, Gianluca dan Augustino, 8, serta Cecilia, 5, dari kediamannya di Skene, Aberdeenshire.
Sumber polis berkata: “Empat beranak itu dilaporkan hilang dari kediaman mereka di timur laut Aberdeen. “Tiga kanak-kanak terbabit menjadi mangsa perebutan hak penjagaan ibu bapa mereka.” Theresa yang cedera parah akan ditahan untuk siasatan apabila pulih kelak.
Pada mulanya, Theresa bertindak membuka paip gas di kediaman itu tetapi tetangga di kawasan kejiranan berkenaan menyedari bau gas yang tersebar lalu membuat panggilan kecemasan. Apabila pasukan bomba tiba di situ mereka mendapati ibu berusia 46 tahun itu terbaring tanpa sedarkan diri di luar rumah teres dua tingkat berkenaan.
Anggota bomba yang bergegas masuk ke dalam kediaman terkejut apabila menemui tiga kanak-kanak terbaring berlumuran darah di ruang tamu.
”Kejadian ini sungguh tragis. Tiga kanak-kanak ditemui terbaring berlumuran darah dengan kesan tikaman di atas lantai. “Wanita itu pula cedera parah ketika ditemui di luar rumah,” kata seorang saksi kejadian. Theresa dirawat di Hospital Diraja Edinburgh dan keadaanya dilaporkan stabil. – Agensi

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails